Utusan Borneo (Sabah)

Hazard, Willian pamer aksi cemerlang

Chelsea mara ke pusingan kedua Liga Juara-Juara selepas benam Qarabag 4-0

-

BAKU, Azerbaijan: Chelsea mengesahka­n tempat ke pusingan kedua Liga Juara-Juara ketika Eden Hazard dan Willian membantu kemenangan 4-0 ke atas Qarabag Rabu lepas.

Skuad kendalian Antonio Conte melangkah ke pusingan kedua dengan berbaki satu perlawanan selepas aksi cemerlang dari Hazard dan Willian di Stadium Olimpik, yang sekali gus menyingkir­kan Qarabag, juara Liga Azerbaijan dari pertanding­an di Eropah.

Chelsea akan memulakan perlawanan terakhir Kumpulan C menentang Atletico Madrid dengan 10 mata dan perlu menang untuk menamatkan saingan selaku juara kumpulan.

Hazard membuka jaringan dari satu tendangan penalti pada separuh masa pertama selepas umpanan beliau kepada Willian, yang dikasari Rashad Sadygov dalam kotak penalti menyebabka­n pengadil memberikan tendangan penalti dan memerintah Sadygov meninggalk­an padang.

Willian menambah jaringan sembilan minit sebelum rehat selepas menerima umpanan dari Hazard.

Cesc Fabregas menjaringk­an gol ketiga Chelsea, juga dari tendangan penalti pada minit ke-73 selepas Willian sekali lagi dikasari dalam kotak penalti.

Willian melengkapk­an jaringan pada minit akhir permainan. Chelsea dikritik teruk selepas kekalahan teruk di Roma pada perlawanan terakhir mereka tetapi sekarang mereka sudah menang tiga perlawanan berturuttu­rut dalam semua pertanding­an. “Kami bermain dengan baik. Kami seharusnya menjaringk­an lebih banyak lagi gol. Ia mudah apabila bermain dengan pemain yang hebat,” kata Hazard. “Kami mempunyai perlawanan penting menentang Liverpool Sabtu ini, jadi ia sememangny­a bagus untuk berehat sedikit. Kami sudah bersedia untuk perlawanan Sabtu ini.”

Conte kecewa dengan jadual perlawanan yang menyaksika­n Chelsea berkunjung k e Liverpool untuk perlawanan hari Sabtu, kurang 48 jam selepas kembali ke London dari perjalanan sejauh 5,000 batu ulang alik ke Azerbaijan.

Tetapi beliau masih menurunkan skuad terkuat dengan David Luiz bermula di benteng pertahanan buat kali pertama selepas digugurkan ekoran laporan perbalahan dengan Conte semasa sesi latihan ekoran kekalahan kepada Roma.

Chelsea membelasah Qarabag 6-0 pada bulan September tetapi mereka hampir ketinggala­n awal di Baku apabila Maksim Medvedev tidak dikawal ketika membawa bola ke hadapan pintu gol sebelum mengumpan kepada Michel tetapi rembatan beliau terkena palang.

Hazard diletakkan di posisi penyerang tengah tetapi beliau tetap bebas bergerak dan menghasilk­an gol pertama apabila mengumpan bola cantik kepada Willian pada minit ke21 tetapi Sadygov mengasari Willian dalam kotak penalti menyebabka­n pengadil tidak teragak-agak memberikan tendangan penalti dan mengarahka­n Sadygov meninggalk­an padang.

Qarabag berang dengan keputusan itu tetapi Hazard tidak mempunyai masalah untuk menyempurn­akan tendangan penalti untuk gol keenam beliau dari tujuh perlawanan terakhir.

Beliau sekali lagi memainkan peranan dalam gol kedua apabila umpanannya kepada Willian menghasilk­an gol

(dua kiri) dilayangka­n kad merah selepas mengasari Willian dalam petak penalti pada perlawanan di Stadium Olimpik di Baku, Azerbaijan pada Rabu lepas. — Gambar Reuters Kami bermain dengan baik. Kami seharusnya menjaringk­an lebih banyak lagi gol. Ia mudah apabila bermain dengan pemain yang hebat. Eden Hazard Perancang Chelsea

kedua.

Gol ketiga menyusul pada minit ke-73 selepas Gara Garayev mengasari Willian dalam kotak penalti, membolehka­n Cesc Fabregas menjaringk­an gol penalti.

Chelsea melengkapk­an jaringan pada minit ke-85 dengan gol kedua peribadi Willian. — AFP

 ??  ?? SADYGOV
SADYGOV
 ??  ?? HAZARD (kiri) dan Willian mempamerka­n aksi cemerlang ketika membantu Chelsea menewaskan Qarabag di Stadium Olimpik, Baku, Azerbaijan Rabu lepas. — Gambar Reuters
HAZARD (kiri) dan Willian mempamerka­n aksi cemerlang ketika membantu Chelsea menewaskan Qarabag di Stadium Olimpik, Baku, Azerbaijan Rabu lepas. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia