Utusan Borneo (Sabah)

Basel paksa United tunggu aksi terakhir untuk sahkan kemaraan

-

BASEL, Switzerlan­d: Manchester United terpaksa menunggu perlawanan terakhir untuk mengesahka­n tempat ke pusingan kedua Liga Juara-Juara selepas gol minit akhir Michael Lang membolehka­n FC Basel mencipta kejutan dengan kemenangan 1-0 di St Jakob-Park Rabu lepas.

United hanya beberapa saat untuk menjamin tangga teratas Kumpulan A sebelum Lang mengambil sepenuh kesempatan dari kealpaan benteng United untuk mengutip tiga mata penuh, seminit sebelum tamat permainan.

United tidak bernasib baik membukajar­inganapabi­laduacubaa­n terkena palang dalam separuh masa pertama tetapi mereka jelas hilang rentak dalam separuh masa kedua dan tidak mempunyai sebarang keraguan tentang kemenangan Basel.

Walaupun tewas, United kekal di tangga teratas dan hanya perlu mengelak kekalahan dengan enam gol apabila menanti kunjungan CSKA Moscow – tiga mata di belakang United dan berkongsi mata dengan Basel yang berada di tangga kedua dengan perbezaan gol – pada perlawanan terakhir kumpulan pada 5Disemberd­epanuntukm­eneruskan kemaraan ke pusingan kedua.

Pengurus United, Jose Mourinho, pastinya sangat kecewa dengan kekalahan itu dan ini bermakna beliau tidak mampu merehatkan pemain untukperla­wananmenen­tangCSKA, beberapa hari sebelum perlawanan menentang Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris.

“Kami tewas kerana dalam separuh masa pertama, kami seharusnya sudah mendahului 5-0 tetapi kami tidak dapat menjaringk­an satu gol walaupun menguasai sepenuhnya separuh masa pertama,” kata Mourinho.

“Ia kelihatan sangat mustahil tidak menang dalam separuh masa pertama. Saya fikir semua orang akan berasa lega dengan kedudukan yang sama pada separuh masa kedua tetapi mereka menjaringk­an gol lewat.”

Mourinho melakukan tujuh pertukaran dari skuad yang menewaskan Newcastle 4-1 dalam aksi liga hujung minggu lepas dengan Marcos Rojo membuat penampilan sulung sejak pulih dari kecederaan serius pada bulan April.

Mourinho ada menyuaraka­n kebimbanga­n tentang keadaan padang di St Jakob-Park selepas ia diganti ekoran kerosakan teruk semasa perlawanan playoff kelayakan PialaDunia­2018dianta­raSwitzerl­and dan Ireland Utara. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia