Utusan Borneo (Sabah)

SSCA azam beri pendedahan lebih

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Persatuan Berbasikal Negeri Sabah (SSCA) yakin telah tiba masanya untuk negeri ini menghantar lebih ramai atlet elit untuk menyertai Siri Perlumbaan Basikal Bukit (MTB) Asia tahun hadapan.

Presiden SSCA Raijas Anang (gambar) berkata, dengan sokongan padu dari Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS), beliau amat percaya, lebih banyak pendedahan bertanding dengan atlet-atlet profesiona­l di peringkat antarabang­sa.

“Atlet kita telah membuktika­n keupayaan mereka dengan merangkul tiga daripada tujuh gelaran juara keseluruha­n mengikut kategori masing-masing semasa Siri-siri Perlumbaan Basikal Bukit Asia 2017 yang menutup tirai di Bukit Siol, Kuching, Sarawak pada Ahad.

“Selain Sharin Amir, dua lagi atlet iaitu Jr. Stanly Jalip dan Natahsya Soon merupakan bekas atlet Sukan Malaysia (Sukma) Sabah,” jelas beliau dihubungi Khamis.

“Tahun hadapan kita meletak harapan tinggi untuk melihat ketiga-tiga atlet ini mewakili negara beraksi di Sukan Asia dalam kategori Olimpik Merentas Desa dan Menuruni Bukit Individu dalam disiplin Basikal Bukit.

“SSCA telah melakukan persediaan untuk Siri Perlumbaan MTB 2018 termasuk menjadi tuan rumah dua daripada sembilan perlumbaan sekitar benua Asia,” tambah Raijas.

Siri-siri perlumbaan musim hadapan di bawah takwim Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI) termasuk perlumbaan siri ke-3 di Keningau pada 27-29 Julai yang mana diadakan bersempena Tahun Melawat Keningau dan siri perlumbaan terakhir di Tambunan pada 7-9 Disember.

Siri-siri perlumbaan lain akan bermula Mac di Timberland, Filipina, Mei di Yawatahama, Jepun, September masing-masing di Dili, Timor Leste dan di Cikole, Indonesia, October masing-masing di Yamaguchi, Jepun dan di Dumaguete, Filipina, sambil November di Siol, Sarawak.

“Persaingan perlumbaan itu pastinya lebih menarik lagi dimana ianya akan dijalankan serentak dengan Siri Perlumbaan Dunia Olimpik Merentas Desa Remaja UCI dan Persatuan Berbasikal Kebangsaan­Malaysia(MNCA)juga akan menganjurk­an Kejohanana Kebangsaan di Keningau.

“Selain menjadi tuan rumah, kita juga berharap ramai atlet negara akan bersaingan dengan atlet-atlet profesiona­l dari seluruh Asia semasa siri-siri perlumbaan 2018 kerana kejayaan di siri-siri perlumbaan itu memberi mata penting di bawah UCI untuk kelayakan Sukan Olimpik 2020,” kata Raijas lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia