Utusan Borneo (Sabah)

Tiga sarang dadah dikenal pasti

Fokus utama polis Labuan banteras habis-habisan

-

LABUAN: Pihak polis telah mengenal pasti tiga sarang bagi penagih dadah di Kampung Muslim, Kampung Saguking atau Kampung Gersik dan Kampung Kiamsam untuk Ops Sarang.

Ketua Polis Daerah Labuan ACP Adzhar Othman berkata, ketigatiga lokasi terbabit merupakan kawasan panas bagi aktiviti dadah di Labuan.

Katanya, fokus utama beliau ialah membantera­s jenayah dadah di Wilayah Persekutua­n Labuan.

“67 peratus penagih dadah di Labuan terlibat dengan jenayah lain seperti pecah rumah dan mencuri motosikal serta barangan lain untuk membeli dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis serah terima tugas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan.

Pada majlis itu, Adzhar menyaksika­n serah terima tugas antara ASP Halimah Abdullah dan ASP Syed Asrul Sani Syed Adnan.

Syed Asrul yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan Narkotik di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu menggantik­an Halimah selaku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Labuan yang berpindah ke IPD Papar.

Adzhar turut menyampaik­an

ADZHAR menyaksika­n majlis serah terima tugas antara Halimah dan Syed Asrul Sani di IPD Labuan.

“67 peratus penagih dadah di Labuan terlibat dengan jenayah lain seperti pecah rumah dan mencuri motosikal serta barangan lain untuk ” membeli dadah. ACP ADZHAR OTHMAN Ketua Polis Daerah Labuan

sijil penghargaa­n kepada tiga anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Labuan, Koperal Henry Jaini, Koperal Jufri Iskandar dan Lans Koperal Zaliza Ahmad.

Beliau berkata, sejak Januari hingga 20 November lalu, seramai 257 suspek telah ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, umur mereka yang ditangkapa­dalahdalam­lingkungan 13 hingga 20 tahun ke atas dan kebanyakan remaja yang terlibat merupakan pelajar tercicir.

“Sebanyak 75 peratus pemegang IMM13 menyumbang kepada aktiviti jenayah dan dadah di Labuan,” katanya.

Sementara itu, jumlah keseluruha­n rampasan syabu di Labuan sejak Januari hingga 20 November pada tahun ini ialah sebanyak 6.64 kilogram dan 8.23 kilogram bagi dadah jenis ganja.

“34 suspek lelaki dan tujuh suspek wanita yang ditangkap didapati positif menyalahgu­nakan dadah,” katanya.

Katanya, 316 Ops telah dijalankan oleh pihak polis di sekitar Labuan seperti Ops Tapis, Ops Sarang, Ops Pusat Hiburan dan Ops Hotel.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia