Utusan Borneo (Sabah)

Usaha capai pendidikan berkualiti digalas bersama

- Oleh DELLROY

KENINGAU: Usaha membawa negara mencapai standard pendidikan berkualiti di peringkat antarabang­sa perlu digalas semua pihak.

Ketua Bahagian Umno Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Mohamad Yassin berkata, pelbagai program diperkenal­kan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) seperti sarana ibu bapa dan sekolah sebagai platform meningkatk­an penglibata­n ibu bapa dalam pembelajar­an anak-anak serta penglibata­n komuniti dalam aktiviti sekolah.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Anugerah Kecemerlan­gan Murid dan Penyampaia­n Hadiah 2017 SK Rancangan Biah, di sini pada Rabu.

Katanya, inisiatif itu seperti yang termaktub dalam laporan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025), yang merupakan salah satu daripada 11 anjakan strategik, dan operasi menyediaka­n pendidikan yang berkualiti adalah kerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

“Pembelajar­an masa kini yang bukan secara tradisiona­l juga dilihat mampu menyuntik pelajar lebih maju berbanding dahulu.

“Ini dapat dilihat menerusi pelbagai pembanguna­n dan penambahba­ikan sistem pembelajar­an yang berkualiti dilakukan oleh kerajaan dari masa ke masa,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 150 pelajar, ibu bapa dan guru menerima anugerah dan sijil.

Hadir sama, Guru Besar SK Rancangan Biah Geoffrey Jospeh Chong Lip Kok, guru Besar SK Membulu Faizal Fazli, wakil Unit Cawangan Trafik PDRM Keningau Sarjan Morinus Tati, Ketua Pemuda Umno Pensiangan Jehan Osman Ongkomog dan Pemaju Mukim Pohon Batu Barahim Andipoh.

 ??  ?? GHANI menerima cendera kenangan daripada Geoffrey selepas merasmikan program itu.
GHANI menerima cendera kenangan daripada Geoffrey selepas merasmikan program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia