Utusan Borneo (Sabah)

Akta gam perlu dikaji secara menyeluruh

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Akta gejala menghidu gam perlu dikaji secara menyeluruh oleh kerajaan ekoran aktiviti salahguna bahan itu semakin membimbang­kan khususnya dalam kalangan anak muda.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata ia kerana aktiviti tidak sihat itu sukar dikawal tanpa adanya akta yang boleh memberi sebarang tindakan kepada individu yang menyalahgu­nakan gam.

“Kita mesti wujudkan akta gam untuk membantera­s aktiviti menghidu gam... kalau kita lihat, semakin ramai terutamany­a anak-anak muda terpengaru­h dengan aktiviti tidak bermanfaat ini.

“Walaupun pemohonan mewujudkan akta ini sudah dibawa ke parlimen, kita berharap agar kerajaan terus kaji secara menyeluruh,” katanya ketika ditemui pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini pada Khamis.

Jainab juga tidak menafikan bahawa menggubal akta berkaitan penggunaan gam sukar memandangk­an bahan itu turut digunapaka­i oleh pelbagai industri khususnya pembinaan.

Justeru, beliau berharap agar semua pihak dapat berganding bahu bersama kerajaan melaksanak­an lebih banyak aktiviti seperti kaunseling dan ceramah kesedaran tentang bahayanya menyalahgu­na gam.

“Jadi, saya minta semua pihak dapat bekerjasam­a dengan kerajaan untuk kita sebar kesedaran di pelbagai peringkat khususnya di sekolah-sekolah.

“Kementeria­n kita juga termasukla­h Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan terus memperheba­t usaha memberi kaunseling kepada pelajar,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata peruntukan kirakira RM2 juta yang diberikan kerajaan bagi pembanguna­n orang kelainan upaya (OKU) akan digunakan bagi membina lebih banyak lagi Taman Awam Mesra OKU.

Katanya, pembinaan taman itu akan diwujudkan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

“Justeru, dengan terbinanya fasiliti awam ini, akan memudahkan golongan OKU turut sama menjalani aktiviti harian seperti orang normal.

“Kementeria­n kita juga akan terus mengkaji apa lagi keperluan yang mereka (OKU) perlu bagi memastikan mereka juga menikmati pembanguna­n yang kita kecapi selama ini,” katanya.

 ??  ?? JAINAB (lima kiri) memotong kek sempena merayakan kakitangan kementeria­nnya pada sidang DUN.
JAINAB (lima kiri) memotong kek sempena merayakan kakitangan kementeria­nnya pada sidang DUN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia