Utusan Borneo (Sabah)

Minat mendorong Amabel pilih kerjaya dalam bidang masakan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Minat memasak sejak zaman kanakkanak mendorong Amabel Ashley Remy Makajil, 19, nekad untuk memilih bidang masakan sebagai kerjayanya.

Kebolehan remaja berasal dari Penampang ini terbukti apabila dia memenangi pingat emas dalam dua pertanding­an hospitalit­i baru-baru ini.

Dia muncul juara kategori Masakan Panas dalam Sabah Hospitalit­y Fiesta 2017 dan TVET Fiesta 2017.

Bakat masakan remaja ini membolehka­n dia diambil bekerja di sebuah restoran Cina di Kuala Lumpur.

Walaupun dia pandai masak semua jenis makanan namun, kepakarann­ya adalah dalam masakan Cina.

“Saya seorang yang sukakan cabaran. Biarpun masakan Cina agak sukar disediakan namun, saya tetap ingin menguasai kemahiran memasak makanan Cina.

“Jika tiada cabaran dalam kerjaya kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuan kita,” kata penerima Anugerah Pelatih Terbaik Ascot Academy ini.

Dia menerima anugerah itu sempena Majlis Penyampaia­n Sijil untuk Program Sijil Kemahiran Malaysia Penyediaan & Pembuatan Makanan Tahap Dua & Operasi Khidmat Tetamu Tahap Tiga, di sini pada Khamis.

Ditanya faktor yang menyebabka­n dia memilih bidang hospitalit­i, Amabel berkata dia melihat peluang pekerjaan dalam bidang itu begitu luas. Kemahiran yang diperoleh tidak terhenti di situ.

“Jika kita mahir memasak, sampai bila-bila pun kita boleh memasak. Sekiranya kita tidak lagi bekerja dengan di hotel atau restoran, kita boleh mengusahak­an perniagaan sendiri,” katanya.

Dia sendiri merancang untuk mengusahak­an restoran sendiri pada masa akan datang. Namun buat masa sekarang, dia ingin menimba pengalaman terlebih dahulu.

 ??  ?? AHLI Lembaga Pengarah Ulink Ascot Sdn Bhd Yusak Yumboris @Misek Umbaris (tengah) menyampaik­an Anugerah Pelatih Terbaik kepada Amabel, sambil diperhatik­an oleh Steve (kiri).
AHLI Lembaga Pengarah Ulink Ascot Sdn Bhd Yusak Yumboris @Misek Umbaris (tengah) menyampaik­an Anugerah Pelatih Terbaik kepada Amabel, sambil diperhatik­an oleh Steve (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia