Utusan Borneo (Sabah)

Tahap kebolehpas­aran pelatih Ascot Academy 95 peratus

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Program pengajian yang relevan dengan kehendak pasaran pekerjaan antara faktor membolehka­n 95 peratus pelatih Kolej Kemahiran Ascot (Ascot Academy) memperoleh pekerjaan selepas tamat latihan.

Pengurus Pusat Bertauliah merangkap Ketua Program Ascot Academy Steve Benedict berkata kebolehpas­aran pelatih itu berikutan adanya latihan praktikal dan kerjasama baik antara rakan industri dengan kolej itu.

“Kami akan memastikan penempatan pekerjaan dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sebelum pelatih menamatkan latihan.

“Dengan itu, pelatih dapat membantu keluarga mereka. Di samping itu, mereka mampu membayar balik pinjaman kepada Perbadanan Tabung Pembanguna­n Kemahiran (PTPK),” katanya semasa berucap pada Majlis Penyampaia­n Sijil bagi Program Sijil Kemahiran Malaysia Penyediaan dan Pembuatan Makanan Tahap Dua serta Operasi Khidmat Tetamu Tahap Tiga, di sini pada Khamis.

Beliau berkata kebanyakan pelatih yang menerima sijil itu sudah bekerja di hotel dan restoran terkemuka di Sabah dan juga Semenanjun­g Malaysia.

Steve juga mengingatk­an pelatih supaya bekerja dengan bersungguh-sungguh dengan penuh amanah dan

(duduk-lima kanan) bersama barisan tenaga pengurusan dan pelatih Ascot Academy dan pelatih yang menerima sijil dalam majlis berkenaan.

tanggungja­wab.

“Pelatih juga perlu menghindar­kan diri daripada sebarang perbuatan tidak bermoralse­pertiterje­bakdengan rasuah, penipuan dan maksiat. Perbuatan yang buruk sebegitu hanya akan mendatangk­an mudarat kepada diri sendiri,” katanya.

Menurutnya, Ascot bukan hanya sekadar memberi latihan kemahiran sebaliknya, mereka turut menitikber­atkan soal bakat kepimpinan dalam diri pelatih.

“Kami mahu pelatih di sini sentiasa memperliha­tkan daya kepimpinan dan semangat juang yang tinggi. Ia kerana selepas menamatkan latihan, mereka akan melangkah ke alam pekerjaan yang penuh dengan cabaran di mana kejayaan ditentukan oleh kemampuan mereka dan daya kepimpinan masing-masing,” jelasnya.

 ??  ?? STEVE
STEVE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia