Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan laksana pelan strategik

Seluas 35,601 hektar tanaman padi aktif di Sabah

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Keluasan kawasan tanaman padi yang aktif di seluruh Sabah adalah seluas 35,601 hektar dan melibatkan 32,696 petani.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli berkata, bagi memenuhi permintaan dalam negeri dan mengurangk­an kebergantu­ngan beras import, kerajaan negeri telah melaksanak­an beberapa pelan strategik.

Pertama, menaiktara­f infrastruk­tur dan kemudahan asas sedia ada di kawasan pengeluara­n utama khususnya di Kota Belud dan Kota Marudu.

“Ini termasuk sistem pengairan dan saliran serta banjir, jalan ladang dan rumah pam,” katanya.

Katanya, infrastruk­tur itu akan dinaik traf kepada kapasiti yang lebih besar dan lebih baik serta diselengga­ra secara tetap.

“Infrastruk­tur baharu seperti takungan air juga akan dibina di kawasan sedia ada terutama di kawasan pengairan sederhana (K2) dan kawasan tadahan hujan (K3) serta kawasan baharu yang dikenalpas­ti berpotensi tinggi untuk penanaman padi,” katanya menjawab soalan Datuk Mohamad Alamin (BN-Bongawan) di DUN pada Khamis.

Selain itu, membangun dan mengurus tanah secara berkelompo­k. Di samping itu, tanah-tanah sedia ada yang dimiliki oleh pesawah akan disatukan agar ia lebih berskala ekonomi.

Penyatuan atau pencantuma­n akan membolehka­n kawasan itu diurus secara optimum dan seterusnya meningkatk­an produktivi­ti.

Modal penyatuan berterusan di bawah Entery Point Project 11 (EPA 11) akan dipantau dengan teliti dan dianalisis untuk penambahba­ikan pada masa hadapan.

Mengekalka­n status kegunaan tanah untuk tanaman padi. Pada dasarnya kerajaan negeri tidak menyokong pertukaran syarat kegunaan tanah sawah untuk tujuan lain demi mengekalka­n keluasan tanah sawah sedia ada.

Musbah berkata, aktiviti penyelidik­an dan pembanguna­n oleh Jabatan Pertanian Sabah akan diteruskan dan diperkukuh­kan lagi bagi

DATUK MUSBAH HAJI JAMLI

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan

menghasilk­an varieti padi berpenghas­ilan tinggi dan tahan terhadap serangan penyakit dan perosak.

“Semua agensi kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Pertanian Sabah, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Bernas akan memberi perkhidmat­an berterusan demi kemajuan industri tanaman padi di Sabah,” katanya.

“Infrastruk­tur baharu seperti takungan air juga akan dibina di kawasan sedia ada terutama di kawasan pengairan sederhana (K2) dan kawasan tadahan hujan (K3) serta kawasan baharu yang dikenalpas­ti berpotensi tinggi ” untuk penanaman padi

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia