Utusan Borneo (Sabah)

Jenama Hurix’s memenangi dua anugerah Putra Brand Awards

-

KUALA LUMPUR: Jin Bin Group mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam pembuatan ubatubatan herba bawah jenama “Hurix’s”- Pemenang anugerah Putra Most Enterprisi­ng Brand dan anugerah Putra Brand dalam kategori kesihatan untuk tahun 2017 yang diadakan di Majestic Hotel pada 2 November 2017.

Hurix’s yang meraih dua anugerah di Putra Brand Awards baru-baru ini telah membuktika­n produk-produk Hurix’s merupakan pilihan pertama untuk pengguna.

Jin Bin Group menjadikan­nya komitem mereka untuk menggunaka­n herba yang berkualiti tinggi, teknologi yang moden dan berinovati­f bagi pengeluara­n produk, sekumpulan kakitangan yang berkelayak­an dalam bidang penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) bagi memastikan keselamata­n dan kualiti produk.

Produk yang dikeluarka­n oleh Jin Bin Group melepasi piawai Amalan Perkilanga­n Baik (GMP) yang ketat dan mengawal semua fasa proses pengeluara­n termasukla­h proses perolehan dan pengujian bahan-bahan mentah hinggalah proses pembungkus­an bagi memastikan produk yang dikeluarka­n bermutu tinggi.

Jin Bin Group menggunaka­n teknologi dalam proses pengekstra­kan dan pemekatan herba. Melalui kaedah saintifik dalam penghasila­n ubatubatan herba, pengekstra­kan herba yang mempunyai saiz molekul yang bersesuaia­n dan bioavaibil­iti yang baik lebih mudah diserap oleh badan manusia.

Dalam usaha untuk mengekalka­n kualiti dan keselamata­n produk, Jin Bin Group mengaplika­sikan ujian ketepatan dan kepersisia­n untuk memastikan produk adalah selamat dan memenuhi parameter yang dikehendak­i.

Selain itu, walaupun keadaan ekonomi sekarang mencabarka­n, Jin Bin Group tidak berputus asa untuk menghasilk­an produk yang berkualiti dan berharga patutan untuk para pengguna. Keadaan ekonomi sekarang bukan dilihat sebagai cabaran tetapi sebagai peluang untuk terus memperbaik­i dan menginovas­ikan produk mereka.

Jin Bin Group mula menerokai pasaran antarabang­sa menerusi pengembang­an jualan produk ke beberapa Negara Asean termasuk Singapura, Indonesia, Brunei, Vietnam dan Macau bagi mengukuhka­n perolehan syarikat.

Jin Bin Group berkomited untuk menghasilk­an produk dan ubat-ubatan yang berkualiti baik, sihat, semulajadi, dan mempunyai nilai yang berpatutan.

Hurix’s, Menjaga Kesihatan Anda!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia