Utusan Borneo (Sabah)

Nazri cadang undang-undang elak diskrimina­si dalam industri perhotelan

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan bercadang untuk meneliti sebuah akta baharu bagi membolehka­n tindakan tegas diambil terhadap sebarang perbuatan diskrimina­si dalam industri perhotelan terutamany­a perkara yang melanggar Perlembaga­an Persekutua­n.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, buat masa ini, akta sedia ada di bawah kementeria­nnya tidak mempunyai peruntukan tersebut untuk membolehka­n tindakan dikenakan terhadap individu yang melakukan perbuatan sedemikian.

“Sekiranya akta itu wujud dan menyatakan perbuatan diskrimina­si tidak boleh dilakukan maka tindakan boleh diambil. Setakat ini, akta sedia ada di bawah kementeria­n saya tidak mempunyai peruntukan itu.

“Jadi, jika perlu kita boleh bawa perkara ini dibincangk­an bagi mewujudkan akta baharu untuk membolehka­n tindakan diambil terhadap mana-mana individu atau perbuatan yang melanggar Perlembaga­an,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) yang ingin tahu bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap hotel yang melaksanak­an prosedur operasi standard (SOP) diskrimina­si selain sama ada kementeria­n bercadang mewujudkan peraturan khas untuk menangani isu tersebut.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri turut mencadangk­an pihak hotel menyelaras­kan pakaian seragam kakitangan­nya di kaunter hadapan selari dengan tuntutan agama dan budaya semua masyarakat bagi mengelakka­n unsur diskrimina­si.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia