Utusan Borneo (Sabah)

Pindaan Rang Undang-Undang Enakmen Biodiversi­ti Sabah diluluskan

-

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Negeri Sabah pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Biodiversi­ti Sabah (Pindaan) 2017.

Timbalan Speaker DUN Sabah Datuk Johnny Mositon ketika meluluskan rang undang-undang berkenaan berkata, enakmen itu mula berkuatkua­sa pada 2 Januari 2018.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ellron Alfred Angin berkata, rang undang-undang itu bertujuan meminda Enakmen Biodiversi­ti Sabah 2000.

Menurutnya, objektif utama rang undang-undang berkenaan untuk menambah beberapa peruntukan berkaitan perkongsia­n faedah hasil daripada akses penyelidik­an komersil sumber biologi negeri ini.

“Pindaan ini juga bagi memenuhi keperluan di peringkat antarabang­sa iaitu Konvensyen Kepelbagai­an Biologi (CBD) yang menerima pakai Protokol Nagoya.

“Implikasi positif dari pindaan ini akan membuka peluang kepada kerajaan negeri menjana pendapatan tambahan hasil perkongsia­n faedah berbentuk kewangan.

“Masyarakat anak negeri dan tempatan juga akan memperoleh manfaat sebagai pemilik kepada pengetahua­n tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi,” katanya.

Ellron berkata, pindaan berkenaan juga akan meletakkan perundanga­n kawalan akses sumber biologi negeri selari dengan perkembang­an semasa di peringkat nasional dan antarabang­sa.

Pada masa sama jelasnya, ia akan memantapka­n sistem kawalanaks­esnegeri,disamping berpeluang meraih pendapatan hasil penggunaan penyelidik­an komersial khazanah alam semulajadi Sabah.

 ??  ?? DARI kiri: Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Masiung Banah, Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Bolkiah Ismail, Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan...
DARI kiri: Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Masiung Banah, Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Bolkiah Ismail, Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan...
 ??  ?? PEMBANTU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Mohd Edris mengucapka­n selamat hari jadi kepada Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Radin Malleh yang menyambut hari jadi ke-67 di Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada...
PEMBANTU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Mohd Edris mengucapka­n selamat hari jadi kepada Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Radin Malleh yang menyambut hari jadi ke-67 di Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia