Utusan Borneo (Sabah)

94 pemain meriahkan Kejohanan Catur Piala Pengarah UMS-KAL 2017

-

SERAMAI 94 orang telah menyertai Kejohanan Catur Piala Pengarah UMSKAL 2017 (KCPP 2017) yang diadakan di Bilik Tutorial, Dewan Kuliah Pusat, UMS, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL).

Daripada jumlah itu, 68 merupakan pelajar sekolah rendah, menengah dan tadika di Wilayah Persekutua­n Labuan dan Sabah manakala 12 peserta handal yang mempunyai

‘fide rating’ setinggi 2061 elo rating.

Peserta terdiri pelajar daripada SK Likas, SMK Kota Marudu, Politeknik Kota Kinabalu dan UiTM Dengkil.

Murid Tadika St Anne Labuan Jason Warren Likoh yang berusia 5 tahun merupakan peserta termuda kejohanan itu pada tahun ini.

Penyelaras Kejohanan Jonathan Likoh mengucapka­n terima kasih kepada Pengarah UMSKAL Profesor Madya Dr Murnizam Haji Halik yang juga penaung kejohanan kerana memberikan sokongan padu kepada penganjura­n kejohanan itu.

“Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Pengarah Kejohanan Siti Rozana Zainuddin dam Ketua Arbiter Mohd Aminuddin Abdul Malek serta semua AJK penganjur 2017,” katanya.

Katanya, pada tahun ini pihaknya mengunakan Format Pertanding­an Kejohanan Catur Rapid Terbuka Sistem Swiss 7 Pusingan.

Sementara itu, bagi hadiah utama, juara menjadi milik Mohd Jan Jaraidi dari Sabah, kedua Abdul Sahim Wising (Sabah) dan ketiga Datu Mohd Wafi Irfan Datu Mohd Amin (SMK Kota Marudu, Sabah).

Bagi Kategori Terbaik UMSKAL, tempat pertama Felix Tommy Jemi (HE 21 Pemasaran Antarabang­sa), kedua Muhammad Aiman Tarmizi (HE 23 Kewangan Islam) dan ketiga Awang Mohd Syafiq Mohd Kiflee (HE 22 Ekonomi Kewangan Antarabang­sa).

Murid SMK Mutiara Labuan Germanus Banius menduduki tempat pertama Kategori Terbaik Sekolah Menengah, kedua Shahril Al-Taqwa Jasreh (SMK Kota Marudu, Sabah) dan ketiga Muhammad Aqeel Haqeem Anuar (SM Sains Labuan).

Manakala bagi Kategori Terbaik Sekolah Rendah, tempat pertama dimenangi Muhd Tirmidzi Abdul Sahim dari SK Likas, Sabah, kedua Nurshadiqi­n Raziq Irfan Ridu (SK Pantai, Labuan) dan ketiga Zahin Hafizi Zardi (SK Lubok Temiang, Labuan).

Murid Tadika St Anne Labuan Jason Warren Likoh menjuarai Kategori Terbaik Tadika mengatasi rakannya Muhammad Amirul Azizi Asgami (Tadika St Anne Labuan).

Hadiah kepada pemenang disampaika­n Jonathan Likoh di Dewan Kuliah Pusat UMS Labuan.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada semua peserta dan berharap mereka akan beraksi lagi pada masa akan datang.

 ??  ?? JOHAN kategori Tadika, Jason Warren Likoh bersama rakannya Muhammad Amirul Azizi.
JOHAN kategori Tadika, Jason Warren Likoh bersama rakannya Muhammad Amirul Azizi.
 ??  ?? AJK Penganjur Kejohanan Catur Piala Pengarah UMS-KAL 2017.
AJK Penganjur Kejohanan Catur Piala Pengarah UMS-KAL 2017.
 ??  ?? JONATHAN bersama pemenang kategori Sekolah Rendah.
JONATHAN bersama pemenang kategori Sekolah Rendah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia