Utusan Borneo (Sabah)

CSR sempena ekspedisi

MERT-UMS sumbang bakti di Borneo Safari 2017

-

BUAT kali keempat, Medical Emergency Response Team,

Universiti Malaysia Sabah (MERT-UMS) di bawah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dengan kerjasama Kelab Sukarelawa­n Pacuan Empat Roda UMS (UMS 4WDVC) telah dijemput oleh Sabah Four Wheel Drive Associatio­n (SFWDA) untuk terlibat sama dalam Borneo Safari Internatio­nal Off-road Challenge 2017 bertempat di daerah Papar.

Sejumlah 10 kenderaan pacuan empat roda dari UMS 4WDVC yang diketuai oleh Presiden Kelab Prof Dr Shahril Yusof telah membawa pasukan MERTUMS yang terdiri daripada tiga doktor pakar, lima jururawat dan masingmasi­ng seorang pensyarah kejururawa­tan dan penolong pegawai perubatan.

MERT-UMS turut membawa bekalan ubatubatan dan peralatan perubatan yang mencukupi untuk mengharung­i cabaran perjalanan off-road yang mencabar selama seminggu.

Pengerusi MERT-UMS Prof Madya Dr Khin Maung Ohn @Ariff berkata salah satu aktiviti yang dijalankan ialah tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dengan mengadakan pemeriksaa­n kesihatan secara percuma kepada penduduk Kg Ovai, Papar.

“Seramai 55 penduduk kampung telah menjalani pemeriksaa­n kesihatan dan mendapatka­n ubat-ubatan secara percuma daripada MERT-UMS di tapak perkhemaha­n utama Borneo Safari 2017.

“Selain itu, MERTUMS turut menyediaka­n perkhidmat­an perubatan kepada semua peserta pertanding­an yang diadakan sebanyak 18 SS (Special

Stage) serta terhadap semua peserta Borneo Safari yang terdiri daripada peserta tempatan dan antarabang­sa dari negara Brunei, Indonesia, Thailand dan China,” katanya.

Menurutnya, sepanjang ekspedisi itu dilangsung­kan dari 29 Oktober

– 5 November 2017, tidak berlaku sebarang kecelakaan parah dan beberapa peserta hanya mengalami lukaluka ringan akibat melecur, disengat serangga dan kecederaan ringan yang lain.

Di samping itu, SFWDA dan UMS 4WDVC turut menyumbang beras kepada penduduk kampung yang hadir semasa pemeriksaa­n kesihatan dijalankan.

Menurut Ketua Konvoi MERT-UMS Prof Dr Shahril Yusof, program yang mempunyai elemen CSR itu akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai sebahagian daripada sumbangan UMS kepada masyarakat pedalaman Sabah.

“Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Presiden SFWDA Hj Faez Nordin kerana sudi menjemput UMS untuk terlibat sama mengikuti Borneo Safari,” katanya yang juga Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) UMS.

Dalam pada itu, seorang penduduk Kg Ovai yang ditemui, Umai Sr berkata penduduk kampung sangat berbangga dan berterima kasih atas kesudian pihak UMS memberikan perkhidmat­an perubatan dan kesihatan secara percuma dan berharap agar aktiviti seperti itu akan dilakukan lagi pada masa akan datang.

Turut hadir pada hari pertama ekspedisi bagi memberikan sokongan moral kepada MERTUMS ialah Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin dan Dekan FPSK Prof Dr Zainal Ariffin Mustaffa.

 ??  ?? PASUKAN MERT-UMS menanti giliran untuk membuat pendakian.
PASUKAN MERT-UMS menanti giliran untuk membuat pendakian.
 ??  ??
 ??  ?? DOKTOR dan jururawat berhati kental dan lasak menjadi penyeri Borneo Safari 2017.
(Gambar kiri) KAMARUDIN (tengah) turut serta di lokasi pertanding­an bagi memberikan semangat dan sokongan moral kepada pasukan MERT-UMS.
DOKTOR dan jururawat berhati kental dan lasak menjadi penyeri Borneo Safari 2017. (Gambar kiri) KAMARUDIN (tengah) turut serta di lokasi pertanding­an bagi memberikan semangat dan sokongan moral kepada pasukan MERT-UMS.
 ??  ?? PENDUDUK kampung diberikan ubat-ubatan secara percuma selepas diperiksa oleh doktor.
PENDUDUK kampung diberikan ubat-ubatan secara percuma selepas diperiksa oleh doktor.
 ??  ?? PEMBANTU pemandu yang cekap membantu kenderaan keluar dari halangan.
PEMBANTU pemandu yang cekap membantu kenderaan keluar dari halangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia