Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan beri keutamaan kemajuan pendidikan

- Oleh JOHAN AZIZ

TIMBALAN Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Joseph Kurup menekankan dasar kerajaan yang prihatin memberi keutamaan kemajuan dalam bidang pendidikan kepada seluruh rakyat di negara ini termasuk Sabah.

“Kerajaan telah memberi peruntukan yang lebih besar khas untuk Sabah,” katanya semasa berucap merasmikan majlis penyerahan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan e-Kasih dan sumbangan kerusi pelajar SMK Tulid Sook, Keningau pada Isnin.

Menurut beliau, bantuan yang disalurkan akan terus diberikan untuk kemudahan murid-murid dan sekolah.

Katanya, salah satu bukti peruntukan besar yang diberikan oleh kerajaan Persekutua­n kepada Sabah khususnya kawasan Parlimen Pensiangan ialah pembinaan Sekolah Menengah Trusmadi dalam kawasan Sook yang telah diusahakan oleh Ahli Parlimen Pensiangan.

Mengenai bantuan SMK Tulid, beliau berakta Ahli Parlimen telah usahakan bantuan kewangan, tabung Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), tiang gol, dewan terbuka, asrama baharu dan bantuan tambahan RM50 setiap murid yang mendapat keputusan A dalam setiap mata pelajaran.

“Sasaran pencapaian kemajuan jangka masa panjang akan datang sebagai penyumbang kepada kemajuan di kawasan ini adalah berdasarka­n pengalaman dan kemahiran terutamany­a dalam bidang vokasional yang memberikan banyak peluang pekerjaan,” katanya.

Arthur berkata bajet kerajaan telah memberikan sebanyak RM200 kepada setiap murid melalui Skim Adam selama tempoh persekolah­an dan akan dimasukkan terus ke dalam akaun ASD sehinggala­h umur murid itu mencapai 18 tahun bagi kegunaan apabila melanjutka­n pelajaran kelak.

Beliau juga memaklumka­n bahawa pelantikan­nya sebagai Duta TN50 adalah untuk menjaga kemajuan luar bandar agar tidak tercicir daripada arus pembanguna­n perdana.

“Saya berharap agar bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada para pelajar yang layak dapat digunakan untuk membeli kemudahan persekolah­an tahun hadapan,” katanya.

Beliau juga menasihatk­an ibu bapa agar sentiasa menjaga keselamata­n anakanak pada musim cuti sekolah ini.

Pada Majlis itu, Arthur telah menyampaik­an sumbangan 100 kerusi kepada sekolah itu, Gereja Tulid (100) dan Kampung Tulid Station (100).

Hadir sama ialah wakil pengetua yang juga Penolong Kanan Pentadbira­n Francisca John, Penolong Kanan Kokurikulu­m John Madais dan Timbalan Yang Dipertua PIBG Jupinis Amingkis.

 ??  ?? ARTHUR menyampaik­an bantuan KWAPM kepada salah seorang pelajar.
ARTHUR menyampaik­an bantuan KWAPM kepada salah seorang pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia