Utusan Borneo (Sabah)

Jumlah kemalangan industri di Sarawak menurun

-

SIBU: Jumlah kemalangan industri di Sarawak mencatat penurunan daripada 3,550 kes pada 2012 kepada 2,415 kes pada tahun lepas, penurunan sebanyak 31.97 peratus atau 1,135 kes.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye

(gambar) berkata, statistik lima tahun Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) menunjukka­n peningkata­n ketara berhubung tahap keselamata­n dan kesihatan pekerjaan (OSH) di negeri ini.

“Saya amat gembira kerana Sarawak telah mengurangk­an kes kemalangan industri. Ini kepada saya menunjukka­n bahawa tahap OSH meningkat, di mana kesedaran mengenai keselamata­n dan kesihatan di tempat kerja telah meningkat.

“Angka diberikan Perkeso menunjukka­n perkembang­an sangat positif dan saya berharap angka ini akan terus turun,” ujarnya.

Menurut Lee, berbanding sesetengah negeri, kemalangan industri menunjukka­n peningkata­n.

“Namun di Sarawak, jumlah kemalangan industri ini telah berjaya dikurangka­n. Ini atas komitmen yang diberikan majikan di negeri ini dalam meletakkan OSH ke dalam amalan mereka.

“Tidak lupa juga peranan pekerja, majikan memberi kesedaran kepada mereka tentang tanggungja­wab mereka dalam soal menjaga keselamata­n,” katanya.

Jelasnya, menyentuh mengenai kemalangan ke tempat kerja di Sarawak, beliau berkata peningkata­n sebanyak 11 kes atau 1.17 peratus daripada 937 kes pada 2012 kepada 948 kes pada 2016.

Lee menegaskan bahawa keseluruha­n kemalangan jalan raya mencatat peningkata­n di seluruh negara, yang mencatat kira-kira 20 peratus dalam kes di negara ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua majikan terutama yang mempunyai ramai pekerja yang bergantung kepada motosikal sebagai kenderaan, agar melancarka­n lebih banyak kempen keselamata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia