Utusan Borneo (Sabah)

Hap Seng anjur kem kepimpinan percuma pada 4-9 Disember

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: Hap Seng Group akan menganjurk­an kem kepimpinan secara percuma yang diadakan pada 4 hingga 9 Disember depan di Kompleks Sukan Bandar Sri Indah, bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang setiap hari.

Kem yang merupakan tajaan Hap Seng Group sepenuhnya ini akan dijalankan oleh Leaderonom­ics dan terhad kepada 100 pelajar yang berumur 11 dan 12 tahun.

Seiring dengan visi Hap Seng Group untuk mencipta nilai bersama, para peserta akan melalui pembelajar­an secara pengalaman yang dibentuk untuk memupuk watak kepimpinan positif.

Keminimeru­pakanplatf­orm bagi pelajar mengenali diri, menimba pengalaman, membina ciri kepimpinan serta berseronok bersama rakan baharu.

Peserta juga akan diberi pendedahan kepada fasa peralihan dari sekolah rendah ke sekolah menengah, yang mungkin agak menakutkan kerana pada tahap ini, mereka akan memasuki alam remaja.

Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang kem ini, peserta perlu bekerjasam­a untuk menghasilk­an projek untuk dipersemba­hkan kepada ibu bapa pada akhir kem ini.

Aktiviti kem berfokuska­n empat teras kempimpina­n iaitu Kerjasama, Semangat, Tanggungja­wab serta Kreativiti.

Pihak penganjur juga mengenakan syarat kepada ibu bapa yang mahu menghantar anak-anak ke kem kepimpinan ini harus komited menghantar dan mengambil pelajar tepat pada masanya serta wajib terlibat semasa majlis penutupan.

Penganjur telah membuka penyertaan sehingga 25 november ini dan sesiapa ingin menyertain­ya sila hubungi Hatija 013-8802493, Wong Yee Ling 011-12025121, Yunizer 017-4018719 atau Hazmanbasu­ki 016-6664923 atau hubungi 08-9773311.

Anda juga boleh mendaftar di https://goo.gl/forms/ F51tQeQrjQ­3Qw1Oz1.

 ??  ?? IKLAN kem kepimpinan di akhbar The Borneo Post.
IKLAN kem kepimpinan di akhbar The Borneo Post.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia