Utusan Borneo (Sabah)

Satu daripada tiga berpotensi hadapi maut

Pemvaksina­n boleh melindungi anak-anak daripada JE

-

KUALA LUMPUR: Seekor nyamuk mempunyai keupayaan untuk menyebarka­n penyakit yang boleh membawa maut tetapi serangga kecil ini sering dianggap tidak berbahaya.

Lebih biasa dikaitkan dengan penyakit seperti denggi, malaria atau zika, nyamuk yang disangka tidak berbahaya ini juga mampu menyebarka­n virus Ensefaliti­s Jepun (JE) yang boleh meragut nyawa kanak-kanak.

JE ialah sejenis jangkitan otak yang disebabkan oleh virus bawaan nyamuk Culex. Kebanyakan orang dewasa di negara-negara endemik mempunyai daya tahan semulajadi selepas mendapat jangkitan semasa usia kanak-kanak, tetapi kanakkanak berdepan kesan buruk jika dijangkiti penyakit ini.1

Memandangk­an tiada antivirus khas untuk menentang JE, hasil kajian menunjukka­n bahawa kadar kematian dalam kalangan mereka yang dijangkiti penyakit ini boleh mencecah setinggi 30 peratus, manakala 20 hingga 30 peratus daripada mereka yang terselamat daripada maut mengalami kecacatan neurologi kekal yang boleh mengubah hidup mereka.1

Sesi Dialog Media telah diadakan baru-baru ini untuk membincang­kan ancaman penyakit bawaan nyamuk seperti JE kepada kanak-kanak, bagaimana JE kadangkala disangka sebagai penyakit lain, kesan yang boleh dialami dan bagaimana pemvaksina­n menawarkan perlindung­an.

Dua orang panel pakar perubatan terdiri daripada Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementeria­n Kesihatan Malaysia Dr Rose Nani Mudin dan Pakar Perunding Pediatrik Dr Tan Gek Ling.

Dr Rose berkata, rakyat Malaysia umumnya memandang ringan ancaman penyakit-penyakit yang dibawa oleh nyamuk. Kita mudah lupa bahawa serangga kecil ini membawa penyakit.

“Memandangk­an kita berada di kawasan tropika, kita dikeliling­i nyamuk tetapi kita tetap tidak sedar bahaya yang mengancam kita ataupun kita hanya mengambil berat penyakit bawaan nyamuk yang lebih kerap didengari.

“Oleh sebab penyakit bawaan nyamuk tidak mudah untuk dikawal, tumpuan kali ini ialah pada JE dan usaha untuk membantu rakyat Malaysia lebih memahami penyakit ini dan bagaimana ia boleh memudaratk­an kesihatan kanak-kanak yang masih belum membina antibodi untuk melawan jangkitan penyakit,” katanya.

Menurut Dr Tan, “Gigitan nyamuk boleh berlaku pada bilabila masa sahaja. Kita tidak tahu bila gigitan nyamuk itu boleh membawa maut.

“Memandangk­an simptom JE serupa dengan selesema atau flu, kita mudah menganggap­nya sebagai sesuatu yang kecil tetapi pada hakikatnya ia tidak seperti selesema.

“Satu daripada tiga kes JE mengakibat­kan kematian. Jika ibu bapa lebih peka, mereka boleh mengenal pasti gejala-gejala JE, yang berbahaya terutamany­a kepada kanak-kanak.”

Beliau berkata JE ialah penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin. Pemvaksina­n menawarkan perlindung­an terbaik daripada JE.

“Kanak-kanak yang terselamat daripada maut akibat penyakit ini berkemungk­inan besar akan menderita sepanjang hayat. Ibu bapa digalakkan untuk berbincang dengan pakar pediatrik atau pengamal penjagaan kesihatan mereka untuk mendapatka­n maklumat lanjut tentang JE dan pemvaksina­n yang mampu memberi ketenangan fikiran berkenaan perkara ini,” katanya.

Buat masa ini, pemvaksina­n menentang JE hanya diwajibkan di Sarawak sejak 2001 untuk bayi berumur sembilan hingga 21 bulan. Di negeri lain di Malaysia, pemvaksina­n boleh didapati di pusat perubatan dan klinik pediatrik yang terpilih, pada kos RM130 dan ke atas.

Dr Rose berkata terdapat lebih kurang 49 kes JE yang dilaporkan kepada KKM pada tahun 2016. Pencegahan adalah kaedah terbaik untuk perlindung­an daripada penyakit ini. Setiap individu mempunyai tanggungja­wab untuk menjaga kesihatan anak-anak dan keluarga mereka.

Dr Tan membuat kesimpulan, “Kesihatan anak-anak kita terletak di tangan kita. Sebagai individu yang bertanggun­gjawab, kita boleh membuat pilihan berasaskan pengetahua­n dengan memahami pemvaksina­n dan bagaimana ia boleh menjadi satu-satunya tindakan yang dapat memberi perlindung­an yang lebih baik daripada penyakit ini kepada anak-anak kita. Sesungguhn­ya, pemvaksina­n menyelamat­kan berjuta-juta nyawa setiap tahun.”

Kesihatan anak-anak kita terletak di tangan kita. Sebagai individu yang bertanggun­gjawab, kita boleh membuat pilihan berasaskan pengetahua­n dengan memahami pemvaksina­n dan bagaimana ia boleh menjadi satu-satunya tindakan yang dapat memberi perlindung­an yang lebih baik daripada penyakit ini kepada anak-anak kita. Sesungguhn­ya, pemvaksina­n menyelamat­kan berjuta-juta nyawa setiap tahun. DR TAN GEK LING Pakar Perunding Pediatrik

 ??  ?? DARI kiri: Moderator Meera Sivasothy, Dr Rose dan Dr Tan Gek Ling.
DARI kiri: Moderator Meera Sivasothy, Dr Rose dan Dr Tan Gek Ling.
 ??  ?? TAN
TAN
 ??  ?? ROSE NANI
ROSE NANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia