Utusan Borneo (Sabah)

MHAC iktiraf kecemerlan­gan

Atas pencapaian murid dalam akademik dan sahsiah

- Oleh JAINUDIN NASIR

MAJLIS Anugerah Cemerlang (MHAC) memberi pengiktira­fan dan penghargaa­n kepada pencapaian cemerlang murid-murid dalam bidang kurikulum, kokurikulu­m dan sahsiah diri.

Ia juga sebagai penanda aras terhadap keberkesan­an serta kejayaan guru-guru dalam menyampaik­an pengajaran dan pembelajar­an (PdP) sama ada di dalam kelas mahupun di luar bilik darjah.

Pegawai Daerah Ranau Haji Faimin Kamin berkata, semakin ramai murid mencapai tahap cemerlang serta menerima anugerah atas kejayaan mereka.

Ia juga bukti kejayaan dan keberkesan­an tugas para pendidik dalam menyampaik­an PdP kepada anak-anak di sekolah.

Justeru katanya, para ibu bapa dan pelajar wajar menghargai dan memberi sokongan serta kerjasama padu kepada guru-guru dalam menganjurk­an program penting di peringkat sekolah seperti Hari Sukan Sekolah, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Majlis Hari Anugerah Cemerlang (MHAC) dan sebagainya.

“Ia bertujuan memberi pengiktira­fan serta membina minda positif dalam mencapai kecemerlan­gan oleh anakanak yang merupakan aset masa depan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

“Syabas dan tahniah kepada murid-murid yang menerima anugerah masingmasi­ng dan saya berharap anugerah yang diterima dijadikan pendorong untuk terus berusaha mencapai kejayaan pada masa akan datang,” katanya ketika berucap merasmikan MHAC SK Pekan Ranau di dewan terbuka sekolah itu.

Sempena MHAC kali ke-81 itu, seramai 265 murid cemerlang menerima anugerah masing-masing disampaika­n Faimin dan Guru Besar SK Pekan Ranau Mostajah @Zunaidi Dullah.

Turut hadir ialah Yang Dipertua PIBG Kasinin Basir, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Jumiati Suparman, Penolong Kanan Kurikulum Wisnah Awang dan Penyelia Pendidikan Daerah Asman Saman.

Majlis yang turut dihadiri ratusan ibu bapa bersama guru-guru dan pelajar itu diserikan dengan persembaha­n kebudayaan, koir dan nyanyian solo oleh pelajar Tahap 1 dan 2.

Mostajah dalam ucapannya memohon kepada Faimin dan para ibu bapa supaya membantu dalam penyediaan kos pembinaan sebuah dewan mini sekolah berkenaan.

“Kita sudah mengenalpa­sti tapak dewan ini namun pihak sekolah belum ada sumber kawangan untuk membinanya,” katanya.

Beliau mencadangk­an pembentuka­n jawatankua­sa alumni sekolah berkenaan bagi membantu mencari dana pembinaan bangunan dewan mini yang dianggarka­n menelan kos lebih RM100 ribu.

Sementara itu, antara anugerah yang disampaika­n ialah Khidmat Bakti melibatkan semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong ketua kelas, Anugerah Kurikulum (kedudukan terbaik dalam kelas), Kedudukan Tiga Terbaik Dalam Kelas Tahap 1 dan 2, Terbaik Matapelaja­ran (semua kelas), Anugerah 10 Terbaik Keseluruha­n, Anugerah Komitmen Terbaik Ke Sekolah, Anugerah Tokoh Kokurikulu­m, Tokoh Nilam serta Tokoh Murid Lelaki dan Perempuan.

 ??  ?? FAIMIN menyampaik­an anugerah kepada Tokoh Murid perempuan, Iqkah Syafirah Sabry.
FAIMIN menyampaik­an anugerah kepada Tokoh Murid perempuan, Iqkah Syafirah Sabry.
 ??  ?? MOSTAJAH menyampaik­an anugerah kepada salah seorang murid diperhatik­an Penolong Kanan Kokurikulu­m Mursidi Jaini.
MOSTAJAH menyampaik­an anugerah kepada salah seorang murid diperhatik­an Penolong Kanan Kokurikulu­m Mursidi Jaini.
 ??  ?? MOSTAJAH (tiga kanan), Faimin (dua kanan) dan Kasinin (kanan) melawat tapak cadangan Dewan Mini SK Pekan Ranau.
MOSTAJAH (tiga kanan), Faimin (dua kanan) dan Kasinin (kanan) melawat tapak cadangan Dewan Mini SK Pekan Ranau.
 ??  ?? SALAH seorang murid cemerlang menerima anugerah disampaika­n Wisnah.
SALAH seorang murid cemerlang menerima anugerah disampaika­n Wisnah.
 ??  ?? MOSTAJAH (dua kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Faimin, diperhatik­an Kasinin (kanan) dan Asman.
MOSTAJAH (dua kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Faimin, diperhatik­an Kasinin (kanan) dan Asman.
 ??  ?? TIGA penerima anugerah Tokoh Murid SK Pekan.
TIGA penerima anugerah Tokoh Murid SK Pekan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia