Utusan Borneo (Sabah)

MAS serah sumbangan kepada 10 keluarga murid asnaf SK Kepayan

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

BADAN Amal Pertubuhan Kebajikan dan Pembanguna­n Masyarakat Anak Sabah (MAS) bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan guru-guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kepayan telah menganjurk­an Program Masih Ada Yang Sayang Murid Moral 2017, di Kota Kinabalu pada Rabu.

Program telah berlangsun­g di Dewan Jame Alip sekolah itu yang turut dihadiri oleh Presiden MAS Suhaimi Buang, Guru Besar SK Kepayan Sabariah Haji Haris, Yang Dipertua (YDP) PIBG Haji Awang Jamil Awang Putih, Naib YDP PIBG Rosman Abdul Latif, Biro Kebajikan SK Kepayan dan ahli PIBG SK Kepayan.

Pada program ini, sebanyak 10 keluarga murid SK Kepayan yang terpilih telah menerima sumbangan di mana tujuh telah disampaika­n di dewan sekolah dan tiga lagi menerusi lawatan berkonvoi ke rumah keluarga murid berkenaan.

Sumbangan adalah hasil daripada keprihatin­an ahliahli MAS dan daripada beberapa buah koperasi termasuk Koperasi Chok Jun Lee, Koperasi Konsumer Malaysia Berhad, K.H. LIM, dan Koperasi Borneo Malaysia Berhad.

Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk wang tunai dan keperluan barangan makanan harian.

Pada program sama, MAS turut dilantik menjadi ‘Keluarga Angkat’ kepada SK Kepayan.

Dalam pada itu, Suhaimi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli MAS dan koperasi-koperasi yang telah memberikan sumbangan untuk disampaika­n dalam program berkenaan.

Beliau berharap program murni seperti ini akan dapat diteruskan dari masa ke semasa bagi membantu keluarga kalangan asnaf di negeri ini.

 ??  ?? GURU Besar SK Kepayan Sabariah Haji Haris menerima sijil pengiktira­fan keluarga angkat daripada Suhaimi. Turut kelihatan ahli-ahli MAS, ahli PIBG dan guru-guru.
GURU Besar SK Kepayan Sabariah Haji Haris menerima sijil pengiktira­fan keluarga angkat daripada Suhaimi. Turut kelihatan ahli-ahli MAS, ahli PIBG dan guru-guru.
 ??  ?? SUHAIMI bersama rombongan ketika menghantar sumbangan ke rumah salah seorang keluarga murid.
SUHAIMI bersama rombongan ketika menghantar sumbangan ke rumah salah seorang keluarga murid.
 ??  ?? AWANG Jamil diperhatik­an Suhaimi dan Sabariah menyampaik­an sumbangan kepada keluarga murid di kediaman mereka.
AWANG Jamil diperhatik­an Suhaimi dan Sabariah menyampaik­an sumbangan kepada keluarga murid di kediaman mereka.
 ??  ?? SUHAIMI (tiga kanan) dan Sabariah (empat kanan) menyerahka­n sumbangan kepada ibu salah seorang murid.
SUHAIMI (tiga kanan) dan Sabariah (empat kanan) menyerahka­n sumbangan kepada ibu salah seorang murid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia