Arsenal, Milan mara
Ke pusingan kalah mati Liga Europa
PARIS, Perancis: Arsenal mengesahkan tangga teratas Kumpulan H dalam pertandingan Liga Europa walaupun tewas 0-1 di Cologne sementara AC Milan juga mengesahkan kemaraan ke pusingan 32 akhir kejohanan dengan menewaskan Austria Vienna Khamis lepas.
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, melakukan pertukaran keseluruhan kesebelasan utama yang menewaskan Tottenham Hotspur dalam Liga Perdana Inggeris hujung minggu lepas, dengan Olivier Giroud, Jack Wilshere dan Danny Welbeck diturunkan dalam kesebelasan utama.
Tetapi Arsenal bolos gol penalti minit ke-62 oleh Sehrou Guirassy selepas dikasari Mathieu Debuchy dalam kotak penalti.
Cologne, tanpa kemenangan daripada 12 perlawanan dalam Bundesliga Jerman musim ini, naik ke tangga kedua dengan baki satu perlawanan selepas keputusan seri tanpa jaringan di antara
BATE
Borisov dan Red Star Belgrade di Belarus mengesahkan status Arsenal sebagai juara kumpulan.
“Kami tewas satu perlawanan di mana Cologne hanya mempunyai satu peluang sahaja selain tendangan penalti,” kata Wenger. “Kami sentiasa kehilangan sesuatu untuk menjaringkan gol. Cologne bertahan dengan penuh semangat dan bagi mereka, ia adalah malam yang sempurna.”
Juara tujuh kali Piala Eropah, Milan, juga melonjak ke tangga teratas untuk Kumpulan D selepas membelasah Austria Vienna 5-1 di San Siro.
Christoph Monschein meletakkan Vienna di hadapan tetapi skuad kendalian Vincenzo Montella bangkit menerusi jaringan dua gol masing-masing dari Andre Silva dan Patrick Cutrone dengan satu lagi gol dijaringkan Ricardo Rodriguez. Atalanta juga mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati selepas Bryan Cristante dan Andreas Cornelius, juga masing-masing menringkan jaringkan dua gol ketika membelasah Everton 5-1 di Goodison Park.
Robin Gosens menjaringkan satu lagi gol untuk Atalanta dengan Sandro Ramirez menjaringkan gol pertama beliau bersama Everton, yang tewas buat kali keempat dari lima perlawanan pusingan pertama kejohanan ini. “Tiada apa yang penting pada perlawanan ini selain maruah kami tetapi ia sememangnya tidak menggembirakan apabila tewas. Ia sangat mengecewakan,” kata kapten Everton, Wayne Rooney ketika memberitahu BT Sport.
Nabil Fekir menjaringkan gol ke-13 musim ini untuk Lyon selepas menewaskan Apollon Limassol untuk menyertai Atalanta dari Kumpulan E.
Mario Balotelli menjaringkan dua gol ketika Nice juga meneruskan kemaraan selepas menewaskan Zulte Waregem dari Belgium sementara Lazio tercicir mata pertama dalam Kumpulan K selepas seri 1-1 dengan Vitesse Arnhem di tempat sendiri.
Marseille menjaringkan gol penyamaan lewat dari gol sendiri Wilfried Moke untuk mengikat Konyaspor 1-1 dan kekal di tangga kedua di belakang Salzburg, yang menewaskan Vitoria Guimaraes dari Kumpulan I.
“Keajaiban tidak berlaku begitu sahaja,” kata jurulatih Marseille, Rudi Garcia, yang menyaksikan Jordan Amavi dibuang padang ketika berbaki 10 minit permainan.
“Seperti perlawanan terakhir, pasukan percaya diri mereka sendiri sehingga akhirnya walaupun kurang seorang pemain.”
Villarreal juga meneruskan kemaraan selepas menewaskan Astana 3-2 di Kazakhstan.
Kelab dari Sweden, Ostersund, juga meneruskan saingan selepas menewaskan Zorya Luhansk dari Ukraine 2-0 sementara Athletic Bilbao menewaskan Hertha Berlin 3-2. – AFP KOTA KINABALU: Pemain lelaki dan wanita dipelawa menyertai ujian pemilihan terbuka skuad futsal Sukan Malaysia (Sukma) Sabah 2018 di Arena Futsal Yayasan Sabah pada 3 Disember depan.
Pengerusi Jawatankuasa Futsal Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa), Yamani Hafez Musa (gambar) berkata, pemilihan itu bagaimanapun hanya untuk pemain berusia 20 tahun ke bawah pada 2018 atau lahir pada 1998 dan selepasnya.
“Kita sudah ada senarai pemain yang telah dikenalpasti dari Liga Futsal Sabah pada 11-12 November lalu.
“Pemilihan terbuka pada 3 Disember ini adalah untuk memberi peluang kepada pemain yang tidak menyertai liga itu,” kata Hafez dalam kenyataan akhbarnya pada Jumaat.
Beliau mengingatkan agar pemain yang ingin menyertai ujian pemilihan terbuka itu datang awal dan sudah bersedia menjalani ujian pemilihan bermula jam 8.00 pagi.
“Saya juga mengharapkan kehadiran pemain yang berkualiti serta telah bersedia dari segi fizikal dan mental agar kita dapat membentuk pasukan terbaik membawa cabaran Sabah pada Sukma 2018 di Perak nanti,” katanya.
Menurutnya, masingmasing 25 pemain lelaki dan wanita akan disenaraikan ke latihan pusat fasa pertama pada awal tahun depan.
Sambil itu, senarai jurulatih skuad futsal Sukma Sabah telah dikenalpasti tetapi hanya akan diumumkan semasa latihan pusat fasa pertama.
Pemain yang ingin menyertai ujian pemilihan terbukadimintamenghubungi setiausaha Jawatakuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai Safa, Azman Soaibah (0168207479).