Utusan Borneo (Sabah)

K’JAAN PERUNTUK RM6.3 JUTA

Projek bantuan baik pulih rumah nelayan 2017

- Oleh ALFRED PETRUS

PUTATAN: Nelayan seluruh negeri bakal mendapat manfaat kira-kira RM6.3 juta melalui Projek Bantuan Baik Pulih Perumahan Nelayan 2017.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sabah Mohd Jamil Abdullah berkata peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan itu adalah kesinambun­gan projek yang telah disempurna­kan pada 2016.

“Nelayan-nelayan di Sabah adalah yang paling ramai mendapat manfaat ini berbanding negeri-negeri lain.

“Pada tahun ini, kita mendapat peruntukan kirakira RM6.3 juta daripada kerajaan untuk baik pulih rumah nelayan di seluruh negeri.

“Dahulunya pelaksana bantuan ini adalah Majlis Pembanguna­n Pertanian Parlimen (MP3) melalui peruntukan LKIM.

“Namun, bermula 2016 semua peruntukan melalui LKIM ini akan dilaksanak­an sendiri oleh lembaga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Perasmian Karnival Industri Asas Tani (IAT) LKIM 2017 Peringkat Negeri di sini pada Ahad.

Katanya setiap rumah nelayan akan mendapat maksimum RM12,000 untuk membaik pulih rumah mereka.

“Sebelum ini, projek berkenaan menggunaka­n khidmat kontraktor namun kerajaan mengubah suai kaedahnya dengan bergotong royong.

“Pada 2016, baik pulih rumah-rumah nelayan sudahpun selesai dan sekarang ini kita dalam proses pengesahan kerja siap dan pembayaran.

“Tahun ini pula, peruntukan RM6.3 juta kemungkina­nnya akan dilaksanak­an pada penghujung tahun,” jelasnya.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan Sabah K. Zulkifle Harrith, Ahli Jemaah LKIM Datuk Abd Razak Sakaran, Pengarah LKIM Wilayah Persekutua­n Labuan Dzulkifli Mad Ali dan Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Sabah (Pengasah) Datuk Arsit Sedi.

 ??  ?? DARI kiri: Arsit, Jamil, Razak, Zulkifle dan Dzulkifli merakamkan gambar kenangan sambil menunjukka­n hasil produk IAT.
DARI kiri: Arsit, Jamil, Razak, Zulkifle dan Dzulkifli merakamkan gambar kenangan sambil menunjukka­n hasil produk IAT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia