Utusan Borneo (Sabah)

Status negarawan, bukan lesen cakap hal buruk kaum tertentu

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad diakui seorang negarawan tetapi status itu bukanlah lesen untuk bercakap hal buruk mengenai satu-satu kaum di negara ini.

Bekas Presiden Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) Datuk Osman Jamal berkata sebagai seorang negarawan, Tun Mahathir sememangny­a seorang tokoh yang dihormati.

“Kita bukannya antiTun Mahathir kerana beliau pemimpin yang membangunk­an negara, tetapi kita tidak mahu dia memperguna­kan statusnya sebagai negarawan untuk memaki hamun sesiapa sahaja yang dia suka.

“Beliau mesti menghormat­i hal itu (tidak memperguna­kan status sebagai negarawan),” katanya, pada Perhimpuna­n Solidariti Bugis Sabah Demi Maruah RED26’, di sini, Ahad.

Osman berkata semua pihak mengharapk­an sikap saling hormat-menghormat­i antara satu sama lain diamalkan di negara ini tanpa mengira latar belakang suku kaum tertentu.

Menurutnya Tun Mahathir perlu memohon maaf dan sesiapapun yang menjadi pemimpin perlu mengelak menyentuh sensitivit­i kaum yang boleh menjejaska­n perpaduan di negara ini.

“Jangan sesekali melabel orang dengan bangsa,” katanya, sambil menyifatka­n perpaduan sesama kaum yang diwarisi masyarakat majmuk di negara ini perlu terus dipertahan­kan.

Mengulas mengenai perhimpuna­n RED26 terbabit, beliau menyifatka­nnya sebagai tercetus atas dorongan warga Malaysia yang bangkit menentang ‘serangan etnik’.

 ??  ?? OSMAN turut hadir pada Perhimpuna­n Solidariti Bugis Sabah Demi Maruah RED26 di Stadium Utama, Kompleks Sukan Tawau, yang dihadiri kira-kira 4, 000 orang.
OSMAN turut hadir pada Perhimpuna­n Solidariti Bugis Sabah Demi Maruah RED26 di Stadium Utama, Kompleks Sukan Tawau, yang dihadiri kira-kira 4, 000 orang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia