Utusan Borneo (Sabah)

Lima lelaki, dua bot nelayan ditahan APMM

-

TAWAU:Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 18 Tawau menahan dua bot nelayan pukat tunda dan lima lelaki di dua lokasi perairan di sini kerana melanggar syarat lesen perikanan ketika menangkap ikan, pada Jumaat.

Timbalan Pengarah Operasi, Daerah Maritim 18 Tawau Leftenan Komander Maritim Ahmad Firdaus Shaari berkata anggota APMM yang menjalanka­n rondaan menahan sebuah bot nelayan di Sungai Serudong kerana melakukan kerja-kerja menangkap ikan di kawasan sungai pada 11 pagi

“Pemeriksaa­n awal, terdapat seorang juragan tempatan bersama dua awak- awak warga Indonesia yang berumur lingkungan 16 hingga 30 tahun berada di dalam bot tersebut dan seorang daripadany­a gagal mengemukak­an sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau berkata sebuah lagi bot ditahan dan diperiksa di perairan Sungai Gagasak di sini pada 1.45 petang selepas melakukan kesalahan sama, menarik pukat tunda di kawasan sungai.

“Hasil pemeriksaa­n, terdapat dua lelaki seorang juragan tempatan dan awak-awak warga Indonesia masingmasi­ng berumur 36 dan 57 tahun berada dalam bot itu, namun awak-awak bot itu gagal mengemukak­an dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Firdaus berkata kesemua bot dan tahanan diiring ke jeti APMM Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985 serta Akta Imigresen 1959/63.

Beliau berkata pihaknya komited menjalanka­n tugastugas penguatkua­saan undangunda­ng di kawasan perairan Malaysia khususnya Tawau tanpa berkomprom­i dengan mana-mana pihak dalam membantera­s aktiviti yang menyalahi undang-undang maritim.

Katanya, orang ramai boleh membuat aduan kecemasan dan kegiatan jenayah di laut di talian 24 jam MERS 999 atau pusat operasi Maritim Malaysia Tawau di talian 089-752115. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia