Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sentiasa beri perhatian

Untuk membangun kawasan luar bandar

- Oleh JOHAN AZIZ

NABAWAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup menegaskan bahawa kerajaan sentiasa mengambil berat dan memberi perhatian bagi membangunk­an kawasan luar bandar supaya setanding dengan kawasan bandar dari segi infrastruk­tur serta kemudahan asas yang lain.

“Inilah peranan saya sebagai pemimpin di kawasan ini yang sentiasa mengambil berat dan mendengar rintihan masyarakat khususnya rakyat Pensiangan,” katanya ketika berucap merasmikan majlis pemimpin bersama rakyat di Balairaya Kampung Sigatal Daerah Kecil Pagalungan, di sini pada Sabtu.

Katanya rakyat dapat melihat banyak perubahan yang telah dilakukan selama ini bertujuan untuk memastikan masyarakat dapat hidup dengan selesa.

Menurut Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan bahawa pembanguna­n ini akan terus dilaksanak­an dari semasa ke semasa demi kesejahter­aan rakyat.

Selain itu, beliau juga meminta penduduk di kawasan ini termasuk Kampung Sigatal untuk terus komited dan memberi sokongan padu bagi memastikan calon Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 nanti.

Kurup menyeru penduduk kampung itu untuk terus mengekalka­n perpaduan dan mengelakka­n perpecahan.

“Perpaduan yang ada pada hari ini haruslah dikekalkan bagi memastikan kampung kita sentiasa aman dan harmoni.

KURUP menerima borang keahlian baharu PBRS daripada salah seorang wakil penduduk pada majlis itu. “Inilah peranan saya sebagai pemimpin di kawasan ini yang sentiasa mengambil berat dan mendengar rintihan masyarakat ” khususnya rakyat Pensiangan.

TAN SRI JOSEPH KURUP Menteri di Jabatan Perdana Menteri

“Saya juga menasihat penduduk kampung untuk tidak mudah terpengaru­h dengan fitnah-fitnah yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab.

“Penduduk kampung perlu berusaha untuk terus meningkatk­an taraf hidup dengan menjalanka­n pelbagai aktiviti yang boleh menambah pendapatan.

“Kawasan (Pensiangan) ini kaya dengan kepelbagai­an flora dan fauna yang boleh menjana pendapatan terutamany­a dalam sektor pelanconga­n.

“Kita ada kelebihan, gunakan kelebihan yang ada dan jangan biarkan orang lain mengambil peluang berkenaan,” katanya.

Pada majlis yang sama, Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) turut menerima borang kemasukan seramai 44 ahli baharu PBRS masingmasi­ng dari Kampung Sigatal Lama dan Kampung Sigatal Baru.

Kurup juga turut meluangkan masa untuk beramah mesra, meninjau kawasan setempat serta bertemu penduduk kampung bagi mendengar permasalah­an mereka.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Anak Negeri Pagalungan Philip Antugi, Ketua Kampung Razali Ekok, Guru Besar SK Longongan Anis Pangias, Ketua Perhubunga­n PBRS Pagalungan Ferus Simon dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

 ??  ?? KURUP (kiri) meneliti mengenai permohonan salah seorang penduduk di kampung itu selepas program itu.
KURUP (kiri) meneliti mengenai permohonan salah seorang penduduk di kampung itu selepas program itu.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia