Utusan Borneo (Sabah)

PKBS Lahad Datu gesa Tun M tarik balik kenyataan, mohon maaf secara rasmi

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) cawangan Lahad Datu tampil mendesak agar Tun Dr Mahathir Mohamad menarik balik kenyataann­ya yang menyifatka­n Bugis sebagai lanun.

Desakan itu dibuat PKBS Lahad Datu melalui perhimpuna­n ‘Red26’ yang dilaksanak­an secara aman di perkaranga­n pusat perniagaan dekat sini, pagi Ahad.

Setiausaha­nya, Musa Muhammad berkata Tun Mahathir juga perlu memohon maaf kepada semua masyarakat Bugis secara rasmi kerana kenyataan beliau itu menimbul rasa tidak puas hati komuniti.

“Sepertiman­a yang diketahui bangsa Bugis ini ada tokoh-tokoh agama, negarawan dan amat dimuliakan kaum kerabat diraja.

“Oleh yang demikian kenyataan yang mengatakan bahawa Bugis adalah lanun adalah tidak wajar diucapkan oleh sesiapa pun yang cinta kepada perpaduan dan keharmonia­n dalam negara,” katanya kepada media.

PKBS Lahad Datu yang disertai tujuh orang ahli jawatankua­sanya telah membuat laporan polis mengenai desakan itu.

Pada 14 Oktober 2017, Tun Mahathir dalam satu perhimpuna­n di Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor telah mengeluark­an kenyataan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin berasal dari lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke tanah Bugis.

Kenyataan bersifat rasis itu disifatkan menghina, mengaibkan dan mengaitkan perbuatan jenayah lanun itu kepada kelompok keturunan Bugis.

 ??  ?? MUSA menunjukka­n salinan laporan polis dan disaksikan sebahagian ahli PKBS Lahad Datu.
MUSA menunjukka­n salinan laporan polis dan disaksikan sebahagian ahli PKBS Lahad Datu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli PKBS yang menyertai perhimpuna­n aman itu.
SEBAHAGIAN ahli PKBS yang menyertai perhimpuna­n aman itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia