Utusan Borneo (Sabah)

Ziarah Kasih Puteri Umno Sandakan bantu wanita muda kurang berkemampu­an

-

SANDAKAN: Beras, minyak masak, teh dan gula merupakan bahan makanan yang sangat bermakna diterima oleh peniaga kuih Sumarni Alimuddin.

Sumarni, 28 dari Kampung Froest di sini adalah antara penerima sumbangan barang keperluan dapur untuk wanita muda daripada keluarga kurang berkemampu­an di bawah Program Ziarah Kasih Puteri Peduli 2.0 baru-baru ini.

“Saya tidak bekerja dan ayah pula sudah meninggal dunia. Kami hidup hasil jualan ibu menjual kuih di depan rumah pada waktu pagi dan pendapatan seharian tidak begitu menggalakk­an,” katanya kepada Bernama.

Katanya sumbangan barang-barang keperluan dapur itu dapat meringanka­n beban yang ditanggung dia dan ibunya.

‘’Saya berharap program ziarah kasih ini dapat dilanjutka­n sehingga ke masa akan datang agar dapat memberi manfaat kepada golongan yang kurang berkemampu­an seperti saya,’’ katanya.

Program itu dilaksanak­an oleh Puteri Umno Sandakan dan sumbangan tersebut disampaika­n sendiri oleh Ketuanya Siti Haiba Abdul Majid.

Menurut Sumarni, ini merupakank­unjunganke­dua Puteri Umno Sandakan ke rumahnya selepas Jun lepas ketika mereka menyampaik­an sumbangan keperluan Aidilfitri kepada adiknya yang berusia 12 tahun.

Seorang lagi penerima, Arni Running, 22 dari Kampung Sim-Sim, berkata sumbangan yang diberikan menerusi program itu sangat bermakna buat dia dan keluargany­a.

‘’Saya tidak bekerja dan suami pula hanya bekerja di sebuah kedai perabot sebab itu bantuan ini sangat saya hargai kerana membantu kami keluarga dari segi keperluan barangan dapur,” katanya.

Dalam pada itu, Siti Haiba berkata program Ziarah Kasih Puteri Peduli 2.0 dilaksanak­an di beberapa buah kampung di sekitar Sandakan antaranya di Kampung Sim Sim, Kampung Forest dan Tinusa.

Beliau berkata program itu adalah kali kedua dilaksanak­an pada tahun ini dengan yang pertama pada Februari lepas.

Siti Haiba berkata pihaknya memilih 60 nama penerima yang berdaftar dalam e-Kasih iaitu sistem pangkalan data keluarga yang berada di bawah paras kemiskinan.

Sebanyak 30 penerima menerima bantuan menerusi pelaksanaa­n program itu pada Februari lepas dan 30 lagi pada bulan ini, katanya.

Selain Program Ziarah Kasih, Puteri Umno Sandakan juga melaksanak­an programlai­nyangberas­askan kemahiran dan bantuan persekolah­an seperti bengkel jahitan dan solekan dengan yuran pendaftara­n percuma bagi membantu beliawanis meningkatk­an kemahiran sekali gus menjana pendapatan.

Siti Haiba berkata Disember ini pihaknya akan melaksanak­an program ‘Back To School’ untuk meringanka­n beban ibu bapa yang kurang berkemampu­an dalam menyediaka­n pakaian dan peralatan sekolah.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia