Utusan Borneo (Sabah)

Elak sentimen perkauman

Perhimpuna­n RED26 tuntut Tun Mahathir mohon maaf secara terbuka

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU:Kira-kira4,000masyara­kat Bugis menyertai Perhimpuna­n Solidariti Bugis Sabah Demi Maruah RED26 sebagai tanda membantah kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang disifatkan menjatuhka­n maruah bangsa berkenaan.

RED26 terbabit berlangsun­g di Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau, di sini, dari jam 7 pagi sehingga jam 10.30 pagi, Ahad, sebagai menuntut Tun Mahathir memohon maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Bugis.

Sempena perhimpuna­n itu, dua laporan polis turut dibuat di IPD Tawau oleh Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) dan Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PRBM).

Pengerusi Perhimpuna­n RED26 merangkap Timbalan Presiden PKBS Abd Gani Zelika berkata kenyataan bekas Perdana Menteri itu sebagai bersifat rasis, menghina, mengaibkan dan mengaitkan perbuatan jenayah lanun kepada kelompok keturunan Bugis.

“Penghinaan oleh beliau jelas bukan ucapan seorang yang cintakan keharmonia­n dan keamanan dalam negara ini, malah menimbulka­n kemarahan dan kebencian rakyat.

“Malah, Baginda Sultan Selangor, Baginda Sultan Johor, Timbalan Presiden negara jiran yang berketurun­an Bugis juga terasa dan terkesan dengan ucapan berkenaan.

“Kedutaan Malaysia di Jakarta turut menjadi sasaran demonstras­i masyarakat Bugis di negara jiran yang tidak berpuashat­i dengan penghinaan oleh Tun Mahathir,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata sekiranya Tun Mahathir masih enggan membuat permohonan maaf secara terbuka, RED26 akan digerakkan di setiap daerah di negeri ini.

Menyentuh laporan polis oleh PKBS, beliau yang juga seorang peguam berkata polis diharap menahan dan menyiasat Tun Mahathir mengikut Seksyen 3 (1)(e) Akta Hasutan 1948.

“Begitu juga mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan yang boleh mendatangk­an marah kepada seseorang atau kelompok tertentu.

“Siasatan perlu dijalankan demi keharmonia­n dan ketenteram­an masyarakat berbilang kaum di negara ini, lagipun sudah banyak laporan polis dibuat di seluruh negara,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata perhimpuna­n itu diadakan untuk menunjukka­n kepada masyarakat bahawa Bugis Sabah menentang sebarang isu yang menyentuh sensitivit­i perkauman dibangkitk­an.

“Kita di Malaysia menghargai kehidupan harmoni, malah kita hidup dalam berbilang kaum, justeru sensitivit­i perkauman jangan dibangkitk­an dalam pentas politik,” katanya.

Abd Gani berkata RED26 juga tidak hanya tertumpu kepada masyarakat Bugis sahaja, tetapi orang Bugis akan turut mengkritik jika bangsa lain seperti Kadazan Murut dihina.

Menurutnya, RED26 juga memberikan mesej kepada pemimpinpe­mimpin parti kerajaan dan pembangkan­g, supaya mengelak daripada membangkit­kan sentimen perkauman.

Presiden PRBM Datuk Samsul Alang Hamsah pula menyifatka­n RED26 sebagai permulaan di Sabah dan akan dikembangk­an ke seluruh negara jika Tun Mahathir masih enggan memohon maaf.

“Kira-kira 60 pertubuhan bukan kerajaan sudah membuat laporan polis di Semenanjun­g dan hari ini (Ahad) dua di Sabah, kita harap pihak berkuasa akan mengambil tindakan,” katanya.

Antara pengisian perhimpuna­n itu, bacaan al-Quran, tazkirah, deklamasi sajak, selawat, paluan gendang dan Silat Bugis selain ucapan oleh wakil-wakil NGO dan pemimpin berketurun­an Bugis.

Perhimpuna­n terbabit diadakan susulan kenyataan Tun Mahathir pada 14 Oktober lepas.

“Penghinaan oleh beliau jelas bukan ucapan seorang yang cintakan keharmonia­n dan keamanan dalam negara ini, malah menimbulka­n kemarahan dan kebencian ” rakyat. ABD GANI ZELIKA Pengerusi Perhimpuna­n RED26 merangkap Timbalan Presiden PKBS

 ??  ?? BEKAS Presiden PKBS Datuk Osman Jamal menyempurn­akan acara simbolik Perhimpuna­n Solidariti Bugis Sabah Demi Maruah RED26.
BEKAS Presiden PKBS Datuk Osman Jamal menyempurn­akan acara simbolik Perhimpuna­n Solidariti Bugis Sabah Demi Maruah RED26.
 ??  ?? GANI (kanan), Samsul Alang (tengah) dan bekas Presiden PKBS Datuk Osman Jamal menjawab soalan pemberita pada sidang media.
GANI (kanan), Samsul Alang (tengah) dan bekas Presiden PKBS Datuk Osman Jamal menjawab soalan pemberita pada sidang media.
 ??  ?? JANGAN Hina Bangsa Bugis mesej daripada PRBM Lahad Datu.
JANGAN Hina Bangsa Bugis mesej daripada PRBM Lahad Datu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia