Utusan Borneo (Sabah)

Beri gaji setimpal, kata Zahid

Guru tadika, prasekolah perlu diberi skim gaji khas

-

HUTAN MELINTANG: Guru tadika dan prasekolah kerajaan serta swasta perlu diberi skim gaji khas agar mereka menikmati sekurangku­rangnya gaji minimum dan tidak tersenarai di bawah garis kemiskinan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerajaan mahu guru tadika dan prasekolah mendapat gaji setimpal agar jiwa mereka tenang dan fokus dalam mendidik anak-anak bagi mencapai pendidikan yang cemerlang.

“Hasrat kerajaan adalah untuk membantu guru ini yang selama ini tertinggal, terpinggir dan diketepika­n… kita mahu mereka diberikan skim gaji khas walaupun tidak menyamai skim guru di sekolah kerajaan yang sedia ada, tetapi sekurang-kurangnya nasib mereka terbela,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Sukan Prasekolah Bagan Datuk di sini pada Ahad yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Datuk Amiruddin Ariffin dan Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan menyaranka­n agar latihan pendidikan kepada guru tadika dan prasekolah kerajaan serta swasta diselarask­an.

Ahmad Zahid berkata beliau telah mengarahka­n Kementeria­n Pendidikan, Kemas, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta beberapa institusi pengajian tinggi menjalanka­n kajian terperinci mengenai penyelaras­an latihan itu.

“Ada guru yang dapat gaji terlalu kecil, ada guru yang dapat gaji agak tinggi kerana mereka datang daripada tadika swasta. Apabila latihan ini diselarask­an dan silibus dikoordina­sikan, saya harap guru tadika ini diberi gaji minimum,” katanya.

Beliau berkata penyelaras­an pendidikan perlu dilakukan bagi mengelak masyarakat dibawa arus pendidikan yang berbeza sama ada di dalam institusi pendidikan kerajaan atau swasta.

“Pembentuka­n sahsiah awal harus diselarask­an agar kualiti (pendidikan) dapat diberikan penekanan supaya tidak berlaku kecacamarb­aan akibat pelbagai silibus dan sukatan pelajaran.

“Kita mahu pendidikan awal sekolah membentuk sahsiah keperibadi­an anak-anak yang menjadi aset penting generasi Malaysia pada generasi TN50,” katanya.

Sementara itu di Bagan Datuk, Ahmad Zahid yang bercakap dalam sidang media selepas majlis pecah tanah Politeknik Bagan Datuk, berkata kerajaan sedang merangka mekanisme bagi merombak sistem pendidikan tadika dan prasekolah negara termasuk menyelaras kurikulum dan sukatan serta skim gaji minimum guru tadika dan prasekolah.

“Saya telah mempengeru­sikan mesyuarat khas Majlis Sosial Negara Jumaat lalu dan dalam mesyuarat berkenaan, beberapa cadangan telah diberikan bagi menyelaras­kan sistem pendidikan awal persekolah­an melibatkan tadika dan prasekolah yang dikendalik­an kementeria­n terlibat serta pihak swasta.

“Ia termasukla­h menyelaras­kan semua sukatan pelajaran di tadika dan pra sekolah, penyediaan skim gaji atau gaji minimum bagi guru dan kursus jangka pendek bagi semua guru yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk berkata kewujudan tadika dan prasekolah yang semakin banyak di negara ini menyebabka­n berlakunya

ketidaksel­arasan dalam sukatan pelajaran peringkat awal kanakkanak di tadika dan prasekolah milik kerajaan serta swasta.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga mengarahka­n semua guru tadika dan prasekolah lepasan SPM yang tidak mempunyai sebarang sijil mahupun kemahiran Pedagogi supaya mengikuti kursus jangka pendek sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mengajar. -Bernama

“Kita mahu pendidikan awal sekolah membentuk sahsiah keperibadi­an anakanak yang menjadi aset penting generasi ” Malaysia pada generasi TN50 DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI Timbalan Perdana Menteri

 ??  ?? TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan karnival sukan Pra Sekolah Bagan Datuk pada Ahad.
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan karnival sukan Pra Sekolah Bagan Datuk pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia