Utusan Borneo (Sabah)

Polis lepaskan tembakan kereta suspek langgar kenderaan PDRM

-

TASEK GELUGOR:Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta dinaiki tiga lelaki kerana melanggar kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kejadian di Kampung Selamat, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Nor berkata dalam kejadian 3 petang itu, polis mendapat maklumat daripada penduduk memaklumka­n terdapat sebuah kereta jenis Honda Odyssey dalam keadaan mencurigak­an di kawasan berkenaan.

“Dua anggota polis telah dihantar ke lokasi kejadian dan pemeriksaa­n awal mendapati nombor pendaftara­n kereta yang dinaiki tiga lelaki berkenaan adalah palsu.

“Polis menghampir­i kereta suspek dan memperkena­lkan diri sebagai pihak berkuasa tetapi tidak diendahkan oleh mereka dan secara tiba-tiba pemandu kenderaan terus melanggar kereta PDRM berulang kali,” katanya, di sini pada Ahad.

Katanya kereta suspek juga cuba melanggar polis namun anggota itu sempat menyelamat­kan diri serta melepaskan dua das tembakan bagi mempertaha­nkan diri dan satu daripada tembakan tersebut terkena bonet kenderaan suspek.

Noorzainy berkata suspek terus memecut kereta ke arah ladang kelapa sawit dan meninggalk­an kenderaan itu di situ sebelum melarikan diri.

“Hasil tindakan pantas polis berjaya menahan seorang daripada tiga lelaki itu dan usaha mengesan dua lagi rakannya yang telah dikenal pasti identiti mereka giat dijalankan,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia