Utusan Borneo (Sabah)

Kejayaan murid diraikan tiap tahun

Majlis Anugerah Cemerlang & Graduasi Tahun 6 SK Stella Maris (M) KK penuh makna

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN graduasi Tahun 6 menerima sijil daripada Ir. Sudawil oleh SKSM Sudawil Team.

KOTA KINABALU: Anugerah Cemerlang dan Majlis Graduasi Tahun Enam merupakan program yang menjadi agenda tahunan di semua sekolah bagi meraikan kejayaan dan kecemerlan­gan murid-murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulu­m.

Secara tidak langsung program seumpama ini juga merupakan majlis yang diadakan khusus untuk meraikan para ibu bapa yang sentiasa meletakkan kecemerlan­gan dan kejayaan anak-anak sebagai agenda pertama dalam kehidupan mereka.

“Justeru itu pada kesempatan ini saya merakamkan ucapan tahniah bukan saja kepada muridmurid malahan ibubapa juga

MURID Adrian.

guru yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga membuahkan kejayaan untuk mereka,” kata Guru Besar SK Stella Maris (M) Kota Kinabalu Lee King Lin @ Jenny.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Anugerah Cemerlang dan Graduasi Tahun 6 2017 yang berlangsun­g di Grand Ballroom, The Magellan Sutera Resort pada Isnin.

PERSEMBAHA­N

Majlis itu telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Stella Maris (M) Tanjung Aru Ir. Adrian Norbert Lee.

Dalam pada itu Jenny berkata, hubungan baik antara pihak sekolah dengan Lembaga Pengurusan Sekolah, PIBG dan para ibubapa yang berterusan telah membantu pihak sekolah melaksanak­an programpro­gram kurikulum dan kokurikulu­m yang telah dirancang bagi tahun 2017.

Katanya, sumbangan yang telah diberikan dalam bentuk tunai, tenaga mahupun cetusan idea telah membantu pihak sekolah mengadakan programpro­gram besar yang melibatkan

AJK kalangan guru SK Stella Maris merakamkan album kenangan sempena majlis itu.

seluruh murid sekolah ini seperti sukan tahunan, pasar ria, dan sambutan Hari Kanakkanak.

“Di kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang mengucapka­n tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah hari ini,” katanya.

Pada tahun ini Anugerah Tokoh Murid bagi Kokurikulu­m telah diberikan kepada Naveen Jimmy Singh manakala Anugerah Tokoh Murid bagi Kurikulum diberikan kepada Vanessa Valery Tan Yinn Yinn.

Majlis turut diserikan dengan persembaha­n tarian oleh kumpulan Tatih Dancer, nyanyian solo oleh Eviona Christy Lianard Ingging, persembaha­n ukulele oleh SK Stella Maris Tg. Aru Ukele Club, action song daripada Stellarian Action Team, dan persembaha­n Sudawil oleh SKSM Sudawil Team.

 ??  ?? STELLARIAN Action Team yang turut menyerikan majlis dengan persembaha­n action song.
STELLARIAN Action Team yang turut menyerikan majlis dengan persembaha­n action song.
 ??  ?? ANTARA
ANTARA
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN murid Tahun 6 yang diraikan merakamkan kenangan bersama Ir. Adrian, Jenny dan tetamu kenamaan yang hadir.
SEBAHAGIAN murid Tahun 6 yang diraikan merakamkan kenangan bersama Ir. Adrian, Jenny dan tetamu kenamaan yang hadir.
 ??  ?? JENNY (tiga kiri) menyampaik­an sijil Anugerah Tokoh Murid (Kurikulum) kepada Vanessa Valery Tan Yinn Yinn.
JENNY (tiga kiri) menyampaik­an sijil Anugerah Tokoh Murid (Kurikulum) kepada Vanessa Valery Tan Yinn Yinn.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia