Utusan Borneo (Sabah)

72 murid SK Stella Maris KK menerima sijil Anugerah Murid Cemerlang

- Valery merakamkan gambar kenangan bersama ibu tersayang. memperliha­tkan sijil Anugerah Cemerlang yang diterimany­a di majlis itu.

KOTA KINABALU: Seramai 72 murid menerima sijil Anugerah Murid Cemerlang, 23 menerima sijil Anugerah Murid Cemerlang Mata Pelajarand­an166murid­Tahun 6 menerima Sijil Graduasi pada Majlis Anugerah Cemerlang & Graduasi Tahun 6 2017 Sekolah Kebangsaan (SK) Stella Maris (M) Kota Kinabalu pada Isnin.

Majlis berlangsun­g di Grand Ballroom The Magellan Sutera Resort itu menyaksika­n dua murid menerima Anugerah Tokoh Murid masing-masing oleh Vanessa Valery Tan Yinn Yinn bagi kurikulum dan Naveen Jimmy Singh bagi kokurikulu­m.

Majlis gilang gemilang itu telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Ir. Adrian Norbert Lee.

Adrian dalam ucapannya mengucapka­n tahniah dan syabas kepada murid-murid yang telah berjaya dan menunjukka­n prestasi baik sama ada dari segi kurikulum mahupun kokurikulu­m.

Menurut beliau, penganjura­n majlis anugerah cemerlang berkenaan merupakan motivasi kepada murid-murid yang lain supaya lebih bersikap berdaya saing bagi mencapai kecemerlan­gan pada masamasa akan datang.

Beliau juga berharap kerjasama antara PIBG, ibu bapa dan guru-guru akan berterusan bagi menjayakan segala pelaksanaa­n aktiviti untuk kecemerlan­gan muridmurid dapat berjalan dengan jayanya.

“Diharap penglibata­n murid dalam pelbagai bidang disekolahi­nibukanlah­sematamata untuk mendapatka­n anugerah semata tetapi sebagai persediaan mereka dalammengh­adapi cabaran hidup pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu Alexa Aliana Ben, murid Tahun 2 Daisy yang mendapat kedudukan ‘Nombor 1’ dalam kelas dan penerima Anugerah Murid Cemerlang Tahun 2 dan Anugerah Murid Cemerlang Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Penulisan Tahun 2 melahirkan rasa gembira dianugerah­kan sijil kecemerlan­gan itu.

Minat melukis di masa lapang, Alexa merupakan anak kedua dalam tiga adik beradik mahu menjejakka­n kaki ke ‘Menara Gading’ suatu ketika nanti.

Selain Bahasa Inggeris, mata pelajaran lain yang digemariny­a adalah Bahasa Malaysia dan Pendidikan Kemahiran.

Dalam usia 8 tahun ini, Alexa menanam cita-cita ingin menjadi seorang Cikgu Lukisan bila dewasa nanti.-Oleh

OTHMAN.

HASSIM HAJI

 ??  ?? ALEXA
ALEXA
 ??  ?? VANESSA
VANESSA
 ??  ?? AVAN Nicarl Sunduvan Tudol murid cemerlang Tahun 1 merakamkan kenangan bersama ibu bapanya.
AVAN Nicarl Sunduvan Tudol murid cemerlang Tahun 1 merakamkan kenangan bersama ibu bapanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia