Utusan Borneo (Sabah)

PPMCS Kemabong cipta sejarah

150 pengakap kanak-kanak sertai Cuboree Kemabong Pertama

- Oleh ALFRED PETRUS

PERSEKUTUA­N Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (PPMCS) Daerah Kemabong cipta sejarah apabila Perkhemaha­n Cuboree Kemabong Pertama mereka disertai kira-kira 150 Pengakap Kanak-Kanak dari beberapa daerah.

Pengarah programnya Jasri Joe berkata penyertaan bukan sahaja disertai dari Kemabong tetapi juga Sook, Tenom dan Pramuka Sekolah Pusat Pembelajar­an Komuniti (CLC) Baru Jumpa Tenom.

“Amat terkejut dan berasa teruja dapat menghimpun­kan 150 orang Pengakap Kanak-Kanak dari daerah Tenom, Kemabong, Sook dan Pramuka CLC Tenom.

“Ini adalah satu sejarah kepada PPMCS Kemabong kerana ia adalah kem besar yang pertama dianjurkan oleh pengakap daerah sendiri.

“Harapan saya supaya sekolah-sekolah lain turut sama memeriahka­n kem seumpama ini khususnya untuk kanak-kanak pada penganjura­n akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perkhemaha­n Cuboree Kemabong Pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chinta Mata Tenom baru-baru ini.

Jasri yang juga Pesuruhjay­a Pengakap Daerah Kemabong berkata Perkhemaha­n Cuboree Kemabong Pertama adalah untuk menghimpun­kan Pengakap Kanak-Kanak dalam satu perkhemaha­n besar untuk membantuk sosialisas­i dan interaksi yang sihat.

Tambahnya perkhemaha­n berkenaan juga memberi pengalaman berharga kepada kanak-kanak melalui penyertaan pelbagai aktiviti yang mencabar kecerdasan mereka.

“Selain itu, ia juga dapat menanam minat dan semangat berpengaka­p melalui keseronoka­n yang berfaedah namun terkawal. “Melalui perkhemaha­n ini juga dapat melatih kanakkanak berfikir, membuat keputusan dan beraktivit­i dalam sistem perkhemaha­n yang teratur,” jelasnya.

Menurutnya Perkhemaha­n Cuboree Kemabong Pertama itu juga dianjurkan bersempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia.

Dalam pada itu, jelasnya pelbagai aktiviti dijalankan khas untuk Pengakap Kanak-Kanak yang menyertai perkhemaha­n berkenaan.

“Pelbagai aktiviti dijalankan seperti simpulan dan ikatan, berbasikal, belajar menggunaka­n radio amatur, tarik tali, membuat layang-layang, origami serta model roket atau helikopter, flying fox, orienteeri­ng dan banyak lagi.

“Semua aktiviti yang dijayakan ini juga adalah berdasarka­n kemampuan kanakkanak dan boleh disertai oleh semua peserta.

“Kanak-kanak ini akan lebih gembira apabila melakukan aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersamasam­a dengan rakan-rakan lain,” jelasnya.

 ??  ??
 ??  ?? PESERTA melakukan regangan badan sebelum melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur. CAP tangan Messenger of Peace (MoP) pada kain rentang dilakukan oleh salah seorang peserta.
PESERTA melakukan regangan badan sebelum melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur. CAP tangan Messenger of Peace (MoP) pada kain rentang dilakukan oleh salah seorang peserta.
 ??  ?? JASRI (enam kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Jawatankua­sa Penganjur dan guru-guru pengiring CLC Tenom.
JASRI (enam kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Jawatankua­sa Penganjur dan guru-guru pengiring CLC Tenom.
 ??  ?? KECERIAAN terpancar di wajah kanak-kanak ketika menjalanka­n aktiviti berkumpula­n.
KECERIAAN terpancar di wajah kanak-kanak ketika menjalanka­n aktiviti berkumpula­n.
 ??  ?? SALAH seorang peserta kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti flying fox.
SALAH seorang peserta kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti flying fox.
 ??  ?? PESERTA teruja melihat model roket yang diterbangk­an.
PESERTA teruja melihat model roket yang diterbangk­an.
 ??  ?? PERTANDING­AN tarik tali yang turut dijalankan.
PERTANDING­AN tarik tali yang turut dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia