Utusan Borneo (Sabah)

Tambunan juga dikenali ‘kilang penyanyi’

Selain Switzerlan­d of the East dan Lembah Bambu

- Oleh JOHAN AZIZ

TAMBUNAN banyak nama-nama jolokan yang diberikan dan antaranya dikenali sebagai ‘kilang penyanyi’ di mana daerah ini melahirkan ramai penyanyi dan pemuzik.

Mereka yang dilahirkan di Tambunan bukan sahaja terkenal di negeri ini tetapi juga di Malaysia.

“Sebagai contoh mendiang Datuk John Gaisah yang merupakan salah seorang artis legenda negeri Sabah dan juga seorang artis rakaman berasal dari Kampung Sunsuron Tambunan,” kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Berucap merasmikan Festival Muzik dan EkoPelanco­ngan peringkat daerah di Pisompurua­n Square Tambunan pada Sabtu, beliau memberitah­u beberapa orang artis veteran yang berasal dari daerah ini masih bergiat aktif dalam bidang ini.

Katanya, mereka antaranya Francis Landong, Rider Gutang, Mary Intiang dan Justin Lusah sementara artisartis baharu seperti Rosario Bianis dan Elica Paujin yang memenangi pertanding­an di peringkat kebangsaan yang secara tidak langsung turut mengharumk­an dan mambawa nama daerah ini.

Menurut beliau, selain kilang penyanyi, Tambunan juga dikenali sebagai Switzerlan­d of the East

dan Lembah Bambu yang dijadikan sebagai sebahagian

PAIRIN menunjukka­n risalah produk herba warisan budaya tradisiona­l Kadazandus­un yang diusahakan oleh seorang pengusaha tempatan daerah Tambunan. Turut kelihatan Thomas (kiri) dan Silverius (dua kiri).

daripada slogan Tahun Melawat Tambunan 2017 (VTBN2017).

Pairin memberitah­u bahawa sejak VTBN2017 dilancarka­n pada 2 November tahun lalu, sebanyak 16 acara besar telah diadakan daripada Ginawari pada Januari tahun ini hinggalah Pesta Bambu dan Halia, bertujuan mempromosi­kan daerah ini sebagai salah satu pusat pelanconga­n luar bandar di negeri ini dan Malaysia amnya.

Selain itu katanya 16 acara yang telah dilangsung­kan dengan jayanya, mengetenga­hkan 15 tempat-tempat menarik di daerah ini dijadikan sebagai ‘selling point’ kepada para pengunjung dalam dan luar negeri.

Katanya kebanyakan tempat-tempat menarik ini adalah melibatkan aktiviti-aktiviti dalam persekitar­an alam semulajadi seperti pendakian Gunung Trusmadi dan Gunung Wakid, hiking di laluan garam dan laluan minduk sirung, aktiviti berakit (white water rafting) di Kampung Rompon dan Sungai Tagai di Kampung Monsorulun­g dan sebagainya.

“Selain itu terdapat juga kampung-kampung yang menjadi pusat makanan dan alat muzik tradisi seperti Kampung Tombotuon, Minodung dan Kampung Tikolod. Tempat-tempat yang mempunyai legenda unik juga turut dijadikan tarikan kepada pelancong seperti Gantung Sorili di Kampung Widu dan Batu Gong di Kampung Solibog,” katanya.

Pairin yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur berkata, kebanyakan tempat-tempat menarik ini diusahakan oleh komunitiko­muniti kampung dengan sedikit bantuan daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Secara tidak langsung katanya ini juga menjana pendapatan komuniti kampung yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan terciptany­a peluangpel­uang

“Sebagai contoh mendiang Datuk John Gaisah yang merupakan salah seorang artis legenda negeri Sabah dan juga seorang artis rakaman berasal dari Kampung Sunsuron ” Tambunan. TAN SRI JOSEPH PAIRIN KITINGAN Timbalan Ketua Menteri

pekerjaan seperti ‘mountain guide’ dan peluangpel­uang perniagaan seperti penjualan kraftangan dan makanan tempatan.

“Menurut data dan statistik yang telah dikumpulka­n dari bulan Januari hingga September tahun ini, jumlah pengunjung yang datang ke daerah ini adalah seramai 66,073 orang.

Katanya majoritiny­a adalah dalam kalangan pengunjung dalam negeri dengan jumlah 58,050 orang sementara pengunjung dalam negara seramai 6,512 dan pelancong antarabang­sa seramai 1,511.

Menurut beliau, jumlah ini hanyalah sebahagian daripada pengunjung yang datang ke daerah ini, yang telah melawat tempattemp­at di mana mereka perlu mendaftar masuk seperti di kawasan Taman-Taman Sabah, Gunung Trusmadi dan penginapan yang terdapat di daerah ini.

Katanya, jumlah ini belum termasuk pengunjung yang mengunjung­i tempat-tempat terbuka seperti tamu dan juga yang datang semasa sambutan perayaan yang dilangsung­kan di daerah ini.

Mengenai program itu, Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau berkata sambutan yang dijadikan festival julung kali diadakan amat menggalakk­an di mana sebanyak 28 agensi kerajaan dan swasta telah mengadakan pameran eko pelanconga­n dengan mengetenga­hkan produk pelanconga­n yang diusahakan.

“Antaranyat­empat-tempat menarik seperti Air Terjun Mahua, Pusat Informasi Raflesia, Muzium Kota Mat Sator selain produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) antaranya produk hiliran halia, produk berasakan bambu dan herba, serta produk kecantikan yang diusahakan oleh pengusaha tempatan di daerah ini.

Sementara itu, katanya, Festival Muzik akan menampilka­n beberapa artis kelahiran daerah ini termasuk pemuzik selain artis-artis undangan dari luar.

Hadir sama pada majlis itu, Setiausaha Politik Kementeria­n Tenaga Teknologi Hijau dan Air DatukDanie­lKinsik,Pegawai Daerah yang juga pengerusi pelaksana majlis Thomas Logijin, Setiausaha Politik Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur Welfredoli­ne Jakil, Ketua Daerah OKK Philip Datuk Kitingan, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tambunan Silverius Bruno, Penolong Pegawai Pembanguna­n Daerah Laiwon Dalus, ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutua­n serta pemimpin-pemimpin masyarakat.

 ??  ?? PERSEMBAHA­N tarian tradisiona­l suku kaum KadazanDus­un sempena dengan program itu.
PERSEMBAHA­N tarian tradisiona­l suku kaum KadazanDus­un sempena dengan program itu.
 ??  ??
 ??  ?? PAIRIN berbual dengan salah seorang Ketua Malim Gunung Wakid, Zainuddin Mahali (kiri). Turut kelihatan Thomas (kanan) dan Daniel (tiga kanan).
PAIRIN berbual dengan salah seorang Ketua Malim Gunung Wakid, Zainuddin Mahali (kiri). Turut kelihatan Thomas (kanan) dan Daniel (tiga kanan).
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia