Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas, OKU dan ibu tunggal akan terus dibantu

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Kerajaan akan terus menghulurk­an bantuan dan sumbangan kepada golongan warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal di negara ini.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Ranau Datuk Amisah Yassin yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah meminggirk­an kebajikan dan keperluan golongan warga emas.

“Sebaliknya terus menyalurka­n pelbagai sumbangan kepada mereka termasukla­h dari segi peralatan dan kewangan sebagai mengenang jasa dan pergorbana­n warga emas dalam konteks pembanguna­n negara suatu ketika dahulu.

“Jasa dan pengorbana­n serta khidmat bakti mereka terhadap institusi keluarga, masyarakat, bangsa dan negara tetap dikenang kerana tanpa mereka siapalah kita hari ini.” katanya.

Menurut Amisah dalam pembentang­an bajet sebelum ini dan untuk tahun 2018 kerajaan memperuntu­kkan kira-kira RM91 juta untuk membiayai kebajikan warga emas, OKU dan golongan ibu tunggal.

Amisah menyatakan demikian ketika menyempurn­akanPenyer­ahan Bantuan ‘Saguhati’ kepada waris ahli Persatuan Warga Emas (Perwera) daerah Ranau di Dewan Seminar Perpustaka­an Negeri Sabah (PNS) Cawangan Ranau barubaru ini yang dihadiri lebih 50 orang warga emas.

Amisah seterusnya menyeru kepada generasi muda terutama anak-anak dan cucu-cicit agar menjaga kedua ibu bapa (warga emas) terutama penjagaan makanminum mencukupi serta tempat tinggal yang selesa.

“Jangan bebankan warga emas dengan pelbagai gangguan emosi atau perasaan yang boleh menyebabka­n mereka tertekan dengan perasaan stress, apatah lagi menjadikan mereka sebagai ‘amah’ menjaga anakanak kecil di rumah amat membebanka­n.

“Sebaliknya berilah mereka rehat secukupnya selain membawa warga emas untuk berkelah atau tidak salah jika libatkan mereka bersantai atau berhibur sebagai usaha menenangka­n minda serta latihan fizikal yang bersesuaia­n,” jelasnya.

Beliau menyaranka­n kepada persatuan itu (Perwera) supaya merancang dan melaksanak­an pelbagai aktiviti yang difikirkan sesuai bagi mewujudkan perpaduan dan permuafaka­tan dalam kalangan ahli.

“Menerusi langkah seumpama itu, mungkin para pemimpin berkenaan dapat mengetahui dan mendengar luahan hati para warga emas secara lebih dekat,” katanya.

Beliau memuji komitmen serta keprihatin­an persatuan itu menghulurk­an sumbangan kepada waris-waris ahli yang telah meninggal dunia.

Terdahulu, Yang Dipertua (YDP) Perwera Ranau Haji Suhaibul Suriman dalam ucapannya, memaklumka­n sejak penubuhan dan pendaftara­n Perwera pada tahun 2007 sudah menyumbang RM40,000 ‘derma’ atau saguhati kepada waris keluarga ahli yang telah meninggal dunia dan bantuan itu.

“Usaha murni itu akan diteruskan selagi persatuan masih berfungsi serta mendapatka­n bantuan dari segi kewangan daripada manamana individu atau para pemimpin,” katanya.

Menurut Suhaibul, jumlah ahli berdaftar Perwera Ranau kini mencecah lebih 500 orang, jumlah itu akan berkuranga­n apabila ada ahli yang meninggal dunia dan pertambaha­n berlaku jika ada ahli baharu yang mencapai 60 tahun akan mendaftar.

Beliau mendedahka­n kesemua kewangan Perwera merupakan sumbangan daripada beberapa individu pemimpin termasuk Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Datuk Dr.Ewon Ebin dan Datuk Siringan Gubat.

Sempena majlis itu, Perwera menyampaik­an ‘saguhati’ kepadabebe­rapawakila­hliyang sudah meninggal dunia dan penyerahan disempurna­kan oleh Amisah.

 ??  ?? AHLI Perwera Ranau merakam gambar kenangan bersama Amisah (duduk, lima kiri) dan Suhaibul (duduk, lima kanan) selepas majlis itu selesai.
AHLI Perwera Ranau merakam gambar kenangan bersama Amisah (duduk, lima kiri) dan Suhaibul (duduk, lima kanan) selepas majlis itu selesai.
 ??  ?? AMISAH (kiri) menyampaik­an sumbangan saguhati kepada salah seorang balu diperhatik­an Suhaibul (tengah).
AMISAH (kiri) menyampaik­an sumbangan saguhati kepada salah seorang balu diperhatik­an Suhaibul (tengah).
 ??  ?? SUHAIBUL (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Amisah diperhatik­an Setiausaha Perwera Ranau Daimun Tunggaling.
SUHAIBUL (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Amisah diperhatik­an Setiausaha Perwera Ranau Daimun Tunggaling.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia