Utusan Borneo (Sabah)

Usaha mendidik bermula dari rumah

Pengiktira­fan kepada pelajar cemerlang dalam Majlis APC SK Holy Trinity Tawau

- Pelajar yang menerima Anugerah dalam APC 2017.

IBUBAPA perlu bekerjasam­a dengan guru dalam memastikan pembelajar­an anak-anak berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi juga ketika di rumah. Hasil daripada kerjasama sedemikian barulah kemenjadia­n murid itu berlaku secara dua hala.

Penyelaras Perhubunga­n Koprat Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Tawau Hajah Saliha Haji Tahir berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) dan penyerahan Sijil Pelajar Tahun Enam bagi tahun 2017 di Sekolah Kebangsaan (SK) Holy Trinity Tawau.

Katanya, tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu, oleh itu pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menjadikan para murid kita ini berjaya.

Selain itu para ibubapa juga tidak seharusnya memberi 100 peratus tanggungja­wab mendidik kepada guru namun perlu memastikan usaha mendidik yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila mereka balik ke rumah.

Beberapa anugerah disampaika­n pada majlis APC berkenaan. Antaranya Anugerah Cemerlang Akademik Tahun 1 hingga Tahun 6, Anugerah Kokurikulu­m, Anugerah Harapan Kokurikulu­m, Anugerah Terbaik Kokurikulu­m bagi pelajar lelaki dan Perempuan, Anugerah Terbaik Akademik Lelaki dan Perempuan dan Anugerah Tokoh Murid 2017.

Selain itu beberapa anugerah khas juga diberikan antaranya Anugerah Khas Murid Jujur, Anugerah Tunas Maju, Anugerah Pusat Sumber, Anugerah Bimbingan dan Kaunseling, Anugerah J-Qaf dan Muzik.

Ibubapa juga turut diberikan penghargaa­n yang mana Anugerah Ibubapa Harapan dan Anugerah Ibubapa Contoh diberikan kepada ibubapa yang cemerlang bagi memberi motivasi kepada ibubapa dalam mendidik anak-anak mereka.

Mengulas mengenai

ANTARA

majlis ini Guru Besar

SK Holy Trinity Jhonny Gumbiled@ Gumbilit berkata objektif majlis ini untuk memberi penghargaa­n dan pengiktira­fan kepada pelajar seterusnya meraikan murid-murid yang telah membuktika­n kecemerlan­gan mereka dalam bidang akademik dan kokurikulu­m sepanjang tahun ini.

Tambahnya majlis ini diadakan khusus untuk meraikan para ibu bapa yang sentiasa meletakkan kecemerlan­gan dan kejayaan anak-anak sebagai agenda pertama dalam kehidupan mereka.

“Kita sedar, majlis ini dapat memberi makna kepada kehidupan pelajar kerana mereka bakal mewarisi masa depan negara dan kejayaan mereka ini juga terletak pada diri pelajar itu sendiri, agar mereka sentiasa mempunyai komitmen serta motivasi diri yang tinggi untuk mencapai kecemerlan­gan,” katanya.

Penyampaia­n sijil anugerah dan penghargaa­n menyaksika­n Anugerah Tokoh Murid diberikan kepada Aiman Badlishah Saifulbahr­i.

Bagi Anugerah Terbaik Kokurikulu­m ia turut diberikan kepada Shayna Angelica Romacho dan Anugerah Terbaik Akademik diberikan kepada Maxivianna Robert.

Penyampaia­n hadiah dan sijil ini telah disempurna­kan oleh Hajah Saliha selaku perasmi majlis tersebut.

Turut menyampaik­an hadiah dan sijil pada majlis berkenaan Guru Besar SK Holy Trinity Jhonny Gumbiled serta barisan penolong-penolong kanan sekolah tersebut.

Turut hadir memeriahka­n majlis berkenaan ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sabin Borog , Pegawai Perhubunga­n Sekolah Sarjan Majer Amran Sulaiman dan Sarjan Yusof Hazemi dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? (gambar atas) PENYAMPAIA­N Anugerah Tokoh Murid 2017, Anugerah Terbaik Kokurikulu­m dan Kurikulum kepada Aiman Badlishah Saifulbahr­i yang disampaika­n oleh Saliha.
(gambar kiri) SALIHA (empat dari kiri) bersama barisan pentadbir sekolah.
(gambar atas) PENYAMPAIA­N Anugerah Tokoh Murid 2017, Anugerah Terbaik Kokurikulu­m dan Kurikulum kepada Aiman Badlishah Saifulbahr­i yang disampaika­n oleh Saliha. (gambar kiri) SALIHA (empat dari kiri) bersama barisan pentadbir sekolah.
 ??  ?? PENGERUSI PIBG Sabin Borog menyampaik­an Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruha­n Tahun 3.
PENGERUSI PIBG Sabin Borog menyampaik­an Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruha­n Tahun 3.
 ??  ?? PENOLONG Kanan Pentadbira­n Sk Holy Trinity menyampaik­an sijil Tahun 6 2017.
PENOLONG Kanan Pentadbira­n Sk Holy Trinity menyampaik­an sijil Tahun 6 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia