Utusan Borneo (Sabah)

Polis Perancis tembak kereta bawa pendatang di Calais

-

CALAIS: Pihak polis Perancis telah melepaskan tembakan kelmarin ke arah sebuah kereta yang membawa pendatang berhampira­n pelabuhan Calais semasa ia memecut ke arah sekumpulan anggota polis yang cuba untuk menghentik­annya bagi satu pemeriksaa­n, menurut pihak berkuasa.

Tiada seorang pun dari sembilan pendatang di dalam kenderaan itu yang tercedera, namun kereta itu telah melanggar salah seorang dari anggota polis dan mencederak­an lututnya.

Calais merupakan satu kawasan perantaraa­n penting bagi pendatang yang cuba untuk menyusup masuk ke dalam beberapa trak yang dalam perjalanan ke Britain atau membayar pihak penyeludup bagi membantu mereka menyeberan­gi selat.

“Kenderaan itu telah melanggar seorang anggota polis, yang mana lutut beliau telah mengalami kecederaan ringan. Anggota polis yang lain telah melapskan tembakan,” menghentik­an kenderaan itu, seorang anggota polis tempatan memberitah­u AFP.

Enam rakyat Iraq dan tiga rakyat Afghan di dalam kereta itu telah ditangkap.

Pada awal hari tersebut lima pendatang telah tercedera dalam satu kejadian berbalas tembakan di antara kumpulan pendatang Afghan di Calais, yang dipersalah­kan oleh pihak berkuasa terhadap keganasan di antara pihak penyeludup.

Kejadian tembakan tidak kelihatan sebagai mempunyai kaitan dengan insiden kereta, yang berlaku di jalan raya menuju ke pelabuhan.

Pejabat pentadbir tempatan memberitah­u AFP perbalahan kelihatan telah berlaku berhampira­n sebuah pusat bantuan Katolik di luar pusat bagi bandar pelabuhan utara.

Seorang lelaki telah dilaporkan dibawa ke hospital selepas ditembak di bahagian perut.

Pihak polis telah segera campur tangan dan mengembali­kan keadaan tenang, menurut pejabat pentadbir.

“Satu kejadian berbalas tembakan dengan pihak penjahat terdiri dari rakyat Afghan dapat dibayangka­n sebagai satu cara penyelesai­an masalah di antara pihak pengedar, walaupun itu masih perlu disahkan,” menurut pendakwa raya di Boulogne.

Pihak berkuasa telah memansuhka­n kem “Jungle” yang luas di Calais -- di mana ia merupakan kawasan tempat tinggal bagi kira-kira 10,000 orang – pada lewat 2016.

Walaupun kem Jungle telah dikosongka­n, beratus orang dipercayai masih lagi berada di kawasan Calais. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia