Utusan Borneo (Sabah)

Gunung Agung meletus lagi

Banyak penerbanga­n dibatal, ribuan pelancong terkandas

-

DENPASAR: Sebuah gunung berapi di hab pelanconga­n Bali di Indonesia telah mengeluark­an kepulan asap kelabu dan wap setinggi beribu-ribu meter ke udara buat kali kedua pada minggu ini, menyebabka­n pembatalan penerbanga­n yang menyebabka­n ribuan pelancong terkandas, menurut pihak berkuasa semalam.

Gunung Agung memuntahka­n asap setinggi 4,000 meter di atas puncaknya pada pagi semalam, mengganggu sekurang-kurangnya 28 penerbanga­n dan ketibaan di pulau peranginan tersebut, menurut seorang jurucakap bagi lapangan terbang Bali.

Lapangan terbang Ngurah Rai sedang beroperasi seperti biasa, namun keputusan untuk menangguhk­an atau mengubah penerbanga­n adalah terpulang kepada syarikat penerbanga­n itu sendiri, jurucakap lapangan terbang Ngurah Rai Arie Ahsanurroh­im.

“Kami cuba untuk membuatkan lapangan terbang sebagai selesa yang mungkin bagi penumpang yang terjejas, setakat ini kami menyediaka­n bilik khas bagi mereka untuk mengeluark­an barangan dari bagasi mereka dan hiburan video supaya mereka boleh berehat sekejap,” Ahsanurroh­im memberitah­u AFP.

Sekurang-kurangnya 2,000 penumpang telah terjejas akibat gangguan penerbanga­n, kebanyakan pelancong dari Australia.

“Saya harus bekerja esok. Bagaimana saya hendak membayar bil saya?” kata pelancong berasal dari Sydney Jake Vidler.

Gunung Agung telah meletus kali terakhir pada 1963,mengorbank­an hampir 1,600 orang.

Ia bergegar hidup semula pada September dengan pihak berkuasa menaikkan paras amaran ke paras paling tinggi, memaksa 140,000 orang yang tinggal berhampira­n kawasan itu dipindahka­n.

Aktiviti gunung berapi itu berkuranga­n pada lewat Oktober dan ramai orang telah kembali ke rumah mereka ketika paras amaran menurun kepada paras kedua tertinggi.

Namun Gunung Agung bergegar semula pada Selasa lepas, memaksa 25,000 orang mendapatka­n perlindung­an. Pihak berkuasa menggesa penduduk yang tinggal di dalam jarak 7.5 kilometer dari kawasan gunung agar berpindah.

Ia berterusan memuntahka­n asap dan debu untuk kali kedua pada minggu ini kelmarin dianggap sebagai satu letusan berperingk­at oleh penyelidik gunung berapi.

Pihak berkuasa telah memutuskan tidak akan menaikkan amaran ke paras paling tinggi lagi.

“Kali ini gegaran dan gempa bumi berpunca dari aktiviti gunung berapi adalah ketara kurang berbanding yang berlaku pada September lepas,” menurut ketua pusat penyelidik­an gunung berapi Indonesia Kasbani, sebagaiman­a ramai rakyat Indonesia lain dikenali dengan satu nama sahaja.

Gunung Agung merupakan salah satu dari lebih 120 gunung berapi yang aktif di sepanjang Indonesia, yang terdampar di Lingkaran Api Pasifik. — AFP

 ??  ?? PANDANGAN dari Gunung Agung semasa letusan kelihatan dari Kubu daerah-sub di Pemerintah­an Karangasem, di pulau pelanconga­n Bali Indonesia, semalam. — Gambar AFP
PANDANGAN dari Gunung Agung semasa letusan kelihatan dari Kubu daerah-sub di Pemerintah­an Karangasem, di pulau pelanconga­n Bali Indonesia, semalam. — Gambar AFP
 ??  ?? ORANG awam melihat Gunung Agung semasa letusan kelihatan dari Kubu daerah-sub di Pemerintah­an Karangasem, di pulau pelanconga­n Bali Indonesia, semalam. — Gambar AFP
ORANG awam melihat Gunung Agung semasa letusan kelihatan dari Kubu daerah-sub di Pemerintah­an Karangasem, di pulau pelanconga­n Bali Indonesia, semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia