Utusan Borneo (Sabah)

Ibu negeri Pakistan dalam suasana tegang

Pasukan keselamata­n cuba meleraikan penunjuk perasaan namun menghadapi tentangan sengit

-

ISLAMABAD: Bandar utama Pakistan telah berada dalam keadaan tegang semalam selepas cubaan untuk meleraikan bantahan anti-pengkhiana­tan oleh pihak Islamis berakhir dengan keganasan kejam, ketika pihak tentera hadir tanpa teragak-agak untuk memberikan respons terhadap permintaan kerajaan untuk bantuan.

Beratus-ratus, kemungkina­n beribu-ribu orang, penunjuk perasaan masih lagi menakluki jalan raya dan simpang yang menghubung­kan Islamabad dengan wilayah berhampira­n Rawalpindi, dengan penunjuk perasaan menghantar video pada lewat malam kelmarin menunjukka­n sembahyang pengebumia­n dilakukan semasa satu bantahan.

Penunjuk perasaan telah menghalang sebatang lebuh raya utama, melumpuhka­n Islamabad selama beberapa minggu.

Pasukan keselamata­n telah bergerak untuk meleraikan­nya kelmarin namun telah berdepan dengan tentangan sengit oleh penunjuk perasaan yang membakar kenderaan dan melontar batu.

Sekurang-kurangnya enam telah terbunuh dan kira-kira 230 tercedera sebelum pasukan keselamata­n berundur kelmarin. Beberapa hospital menyatakan kebanyakan mangsa yang tercedera telah dibenarkan keluar semalam, dengan hanya kira-kira 20 orang yang masih memerlukan rawatan.

Satu arahan kementeria­n dalam negeri menyatakan kerajaan persekutua­n telah mengarahka­n pengerahan “pasukan tentera yang mencukupi” bagi “mengawal keadaan dan peraturan” di ibu negara sehingga makluman seterusnya.

Namun awal semalam terdapat tiada respons rasmi tentera dan tiada petanda bagi kenderaan berperisai atau anggota tentera di jalan raya. Seorang jurucakap tentera menolak bagi permintaan komen yang berterusan.

Hubungan tentera sivil telah lama tegang di Pakistan, dengan pihak tentera memerintah negara selama hampir separuh sepanjang sejarah selama 70 tahun.

Siaran televisyen swasta masih lagi disekat dan laman media sosial telah dilarang, menimbulka­n kekeliruan mengenai keadaan bantahan dan bagaimana pihak berkuasa merancang untuk memberikan respons terhadap situasi yang berlaku.

“Saya tidak mempunyai sebarang petunjuk bagi apa yang sedang berlaku,” Naeem, seorang penduduk yang bimbang memberitah­u AFP di sebuah pasar Islamabad.

“Hanya Allah yang menguruska­n negara ini,” tambah beliau, mengadu bahawa satu-satunya rangkaian yang berfungsi adalah TV negara Pakistan – dan ia sedang menyiarkan satu program kanak-kanak.

“Pihak polis pentadbira­n seharusnya lebih tegas terhadap keputusan yang dilakukan pada masa akan datang. Kerajaan yang tidak kompeten ini telah melakukan kesukaran terhadap semua perkara,” tulis Shadman Sharar Shohan di dalam Facebook.

Kumpulan Islamis yang kurang dikenali di tengah bantahan telah menuntut peletakan jawatan menteri undang-undang Pakistan Zahid Hamid bagi satu pindaan yang tergesages­a ditinggalk­an terhadap sumpah yang harus dilakukan oleh calon pilihan raya.

Pertempura­n ganas menimbulka­n bantahan yang sama di beberapa bandar utama dan pekan di seluruh negara.

Pihak polis di Karachi, bandar terbesar di Pakistan, menyatakan kira-kira 200 penunjuk perasaan telah menghalang sebatang jalan raya utama di pelabuhan selatan kelmarin, dengan sekurang-kurangnya 27 tercedera termasuk 22 orang akibat kecederaan ditembak dibawa ke hospital, menurut beberapa doktor.

Di Lahore, bandar utama bagi wilayah Punjab dan bandar kedua terbesar di negara, pihak polis telah menutup jalan raya utama disebabkan oleh bantahan.

Pihak penganalis­is menyatakan kerajaan telah membenarka­n apa yang merupakan satu bantahan kecil oleh sebuah kumpulan yang kurang dikenali untuk berkembang dari satu isu kecil kepada situasi yang menjadi tajuk utama dan kemungkina­n berbahaya.

Keganasan yang ditunjukka­n sebagai terbaharu dalam satu siri pukulan terhadap kerajaan Pakistan Muslim League (Nawaz) ketika pilihan raya umum menghampir­i pada 2018.

Pada Julai, bekas perdana menteri Nawaz Sharif telah dijatuhkan dari kuasanya oleh mahkamah bagi tuduhan rasuah, sementara menteri kewangan Ishaq Dar turut dituduh bagi rasuah telah mengambil cuti perubatan yang tidak dinyatakan.

“Kerajaan ini telah menerima beberapa pukulan sepanjang beberapa tahun lepas, namun ia pastinya berdepan dengan satu ujian berat buat masa sekarang,” penganalis­is Michael Kugelman dari Wilson Center di Washington memberitah­u AFP. — AFP

 ??  ?? PENUNJUK perasaan dari kumpulan agama Tehreek-i-Labaik Yah Rasool Allah Pakistan (TLYRAP) berehat di jejambat yang disekatdi Islamabad semalam. — Gambar AFP
PENUNJUK perasaan dari kumpulan agama Tehreek-i-Labaik Yah Rasool Allah Pakistan (TLYRAP) berehat di jejambat yang disekatdi Islamabad semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia