Utusan Borneo (Sabah)

Ketua sarkas tembak harimaunya, akui wujud ‘tindakan berniat jahat’

-

PARIS: Ketua sarkas yang menembak mati harimaunya di jalan raya Paris mengakui kelmarin bahawa sangkar haiwan tersebut telah dibuka dalam satu “tindakan berniat jahat”.

Eric Bormann telah membunuh harimau betina berusia setahun enam bukan bernama Mevy selepas orang ramai melihat ia berkeliara­n di sekitar bahagian ke-15 di ibu negara Perancis pada Jumaat lepas.

Pihak polis telah menyoal siasat Bormann selama beberapa jam selepas insiden, dan satu siasatan telah dilancarka­n mengenai sama ada terdapat nyawa yang berada dalam bahaya.

Bagaimanap­un, ketua bagi sarkas Bormann-Moreno mendakwa bagi perbuatan khianat, dan telah meminta pihak polis untuk menyiasat.

“Saya adalah orang yang menjaga harimau saya,” Bormann, yang turut bertindak sebagai jurulatih harimau, memberitah­u AFP.

“Terdapat satu protokol keselamata­n yang menyeluruh perlu diikuti melihat haiwan ini,” jelas beliau, menerangka­n haiwan itu berada di dalam sebuah sangkar yang diletakkan di dalam kandang lain.

“Dalam protokol keselamata­n kami, sekiranya seekor haiwan melepaskan diri yang tidak pernah berlaku sepanjang 40 tahun saya berada di Paris ia masih berkunci. Ia adalah sebuah sangkar di dalam sebuah kandang.”

Bormann mendakwa pada Jumaat lepas kira-kira jam 6 petang waktu tempatan, bahawa ketika beliau membuka pintu pengasinga­n bagi membersihk­an harimau “seekor harimau betina telah keluar disebabkan sebuah pintu, biasanya terkunci, telah terbuka.”

“Kami mengesyaki satu tindakan berniat jahat. Terdapat satu rantai pada mangga kunci, dan rantai itu telah dipotong.”

Mevy seberat dua ratus kilogram, yang telah diberikan makan dengan botol oleh Bormann, telah ditembak mati oleh majikannya menggunaka­n senjata pai yang beliau perlu bawa mengikut undang-undang di dalam masa beberapa minit selepas ia terlepas.

Beliau menambah bahawa idea bagi menggunaka­n suntikan penenang telah segera ditolak kerana masa yang diambil bagi sedatif itu untuk berkesan.

Sarkas, yang mempunyai beberapa ekor harimau, baharu dilakukan dan merancang untuk membuka pintu kepada orang ramai pada 3 Disember.

Brigitte Bardot Foundation dinamakan sempena aktres dan aktivis hak haiwan menyatakan ia “dianggap sebagai skandal dengan pembunuhan harimau” dan menyeru kepada kerajaan agar mengharamk­an eksploitas­i haiwan di dalam sarkas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia