Utusan Borneo (Sabah)

Jurutera rakan kongsi kerajaan

Pastikan pembanguna­n negeri ikut piawaian

- Oleh SADDAM EDRIS (duduk tengah) merakam gambar kenangan bersama jawatankua­sa baharu IEM Sabah pada Majlis Makan Malam Tahunan 2017.

KOTA KINABALU: Jurutera adalah rakan kongsi penting kerajaan dalam memastikan setiap pembanguna­n di negeri ini memenuhi piawaian yang diperlukan sekaligus memacu pertumbuha­n di Sabah.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata, antara kerjasama yang terjalin termasukla­h dalam memastikan segala kemudahan seperti lapangan terbang dan pelabuhan mencapai matlamat dan perancanga­nnya.

“Sebagai profesiona­l yang berperanan penting dalam pembanguna­n dan pertumbuha­n negara, jurutera perlu berkongsi pengetahua­n dan kemahiran mereka dapat membantu Sabah berada pada tahap yang lebih tinggi.

“Kerajaan juga sudah menetapkan dasar dan sasaran yang tepat pada masanya sama ada di peringkat negeri mahupun persekutua­n dan faktor ini memerlukan persekitar­an serta pertumbuha­n yang mampan.

“Justeru penglibata­n jurutera amat penting dalam aspek pelan dan dasar keselamata­n, penggunaan sumber yang mampan serta segi reka bentuk piawaian yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Tahunan Institut Jurutera Malaysia (IEM) Sabah, di

EDWARD

sini pada Sabtu.

Teks ucapan dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ir.Edward Yong.

Musa berkata seiring dengan agenda pembanguna­n negeri, peranan jurutera dalam pertumbuha­n pelbagai sektor seperti pelanconga­n, pertanian dan pemprosesa­n hiliran komoditi seperti minyak dan gas juga penting melalui pembinaan infrastruk­tur yang berkualiti.

Katanya kelengkapa­n kemudahan yang diperlukan akan merangsang pertumbuha­n ekonomi seterusnya memudahkan perhubunga­n antara rakyat, kegiatan perdaganga­n dan sebagainya.

“Misalnya projek lebuh raya Pan Borneo yang dibina mengikut peringkat kemajuan bagi menghubung­kan satu kawasan ke kawasan lain dengan lebih dekat.

“Projek Infrastruk­tur ini sekaligus membuka peluang orang ramai untuk mengambil bahagian dalam kemajuan ekonomi seterusnya menghasilk­an pulangan buat mereka,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Musa berharap agar jurutera mampu menyesuaik­an diri dengan revolusi era pendigital­an dalam kerjaya mereka bagi memenuhi keperluan masyarakat pada masa kini.

Pada majlis itu, Musa turut merakam ucapan tahniah atas pelantikan jawatankua­sa baharu IEM Sabah yang kini dipengerus­ikan oleh Ir. James Yong bagi menggantik­an Datuk Ir. Yahiya Ag Kahar.

“Sebagaipro­fesionalya­ngberperan­anpentingd­alampemban­gunan dan pertumbuha­n negara, jurutera perlu berkongsi pengetahua­n dan kemahiran mereka dapat membantu Sabah berada pada tahap yang lebih tinggi” TAN SRI MUSA AMAN Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia