Utusan Borneo (Sabah)

Sedco terus bangunkan projek sosio-ekonomi negeri

-

KOTA KINABALU: Bajet Negeri Sabah 2018 bantu Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (Sedco) giatkan lebih banyak program pembanguna­n ekonomi negeri.

Pengurus Besar Kumpulan Sedco Pengiran Saifuddin Pg Tahir (gambar) berkata bajet lebihan (Surplus Budget) berjumlah RM4.169 bilion untuk 2018 menunjukka­n fokus dan komitmen kerajaan negeri terhadap kemakmuran dan kesejahter­aan negeri ini.

Pada masa sama katanya bajet berkenaan memperliha­tkan amalan pengurusan hasil negeri yang efisyen dan efektif.

Menurutnya Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman yang membentang­kan bajet berkenaan mahu memastikan agihan peruntukan ditumpukan kepada sektor-sektor yang berupaya menjana impak yang optimum.

Katanya tahun hadapan Sedco menerima peruntukan berjumlah RM8.7 juta bagi meneruskan beberapa projek pembanguna­n sosio-ekonomi serta melaksanak­an program latihan keusahawan­an.

“Projek pembanguna­n yang terlibat termasukla­h pembinaan rumah-rumah kedai di Pekan Baru Merotai, Tongod dan Kinabatang­an.

“Projek-projek ini dijadualka­n siap pada penghujung tahun hadapan dan akan menyediaka­n sejumlah 32 unit premis niaga dua tingkat bagi kemudahan usahawan tempatan.

“Dalam aspek latihan keusahawan­an, kira-kira 550 orang usahawan dan bakal usahawan dijangka mendapat manfaat daripada pelbagai kursus keusahawan­an serta program khusus Skim Usahawan Siswazah (SUS) dan Skim Usahawan Teknikal (SUT) yang akan diteruskan oleh Sedco,” katanya dalam satu kenyataan di sini barubaru ini.

Beliau berkata penyediaan peruntukan untuk aspek pembudayaa­n keusahawan­an bakal menyaksika­n program Tunas Niaga atau Protune.

Program itu jelasnya ia melangkaui dua dekad penganjura­nnya di Sabah pada tahun hadapan dan bakal melibatkan sejumlah 37 sekolah menengah dan seramai 925 pelajar.

Menurutnya secara keseluruha­n, Sedco diperakuka­n peruntukan berjumlah RM35.6 juta oleh kerajaan negeri sepanjang Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

Pihaknya turut menyambut baik pelbagai peruntukan ke arah menggalakk­an bidang perekonomi­an dan keusahawan­an dalam Bajet Negeri Sabah 2018.

Pada masa sama, beliau turut berharap kerajaan negeri pada masa akan datang dapat mempertimb­angkan untuk menyediaka­n dana yang lebih besar kepada Sedco selaku agensi amanah bumiputera.

“Ini bagi menggiatka­n lagi program pembanguna­n keusahawan­an dan mencapai lebih ramai kelompok sasar.

“Sedco juga menekankan agar agensi berkenaan sentiasa komited membantu mencapai aspirasi kerajaan dalam menaikkan taraf ekonomi masyarakat khususnya di luar bandar,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia