Utusan Borneo (Sabah)

KKCCCI akan terus membela masyarakat Cina

- Oleh YAP SIONG HAN (kiri) menyerahka­n sijil kepada salah seorang penerima.

KOTA KINABALU: Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI) akan sentiasa menyuaraka­n pendapat mengenai isu-isu berkaitan dengan komuniti perniagaan kaum Cina di sini.

Presidenny­a Datuk Michael Lui berkata, pihaknya akan berbuat demikian dari semasa ke semasa untuk mencari jalan penyelesai­an isu-isu yang memberi kesan kepada para peniaga Cina dan komuniti itu.

“Kami berterima kasih kepada Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman yang melantik KKCCCI sebagai ahli jawatankua­sa dalam Pihak Berkuasa Pembanguna­n Ekonomi dan Pelaburan Sabah (Sedia) dan perunding dalam Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

“KKCCCI akan terus memainkan peranan penting sebagai jambatan perhubunga­n di antara kerajaan dan komuniti perniagaan di sini,” katanya ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Agung Tahunan KKCCCI 2017, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, KKCCCI turut bertanggun­gjawab untuk memantau

MICHAEL

dan mengetuai para ahlinya serta perusahaan tempatan dewan itu bagi bergerak ke arah Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0).

Katanya, peranan itu penting bagi mencari peluang perniagaan dalam Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) yang dilancarka­n baru-baru ini.

“Kini kita berharap dengan persekitar­an perniagaan yang sangat mencabar, bagaimanap­un, sekiranya sejarah menjelaska­n bahawa generasi sebelum ini boleh berhadapan dengan cabaran getir seumpamany­a...kita juga boleh melakukan,” katanya.

Menurutnya, para ahlinya juga perlu meningkatk­an amalan kreativiti masing-masing untuk meletakkan diri pada arus pembanguna­n penggunaan teknologi yang semakin berkembang khususnya dalam perniagaan.

Sebelum itu, Michael turut menyampaik­an anugerah pendidikan para pelajar yang berjaya dalam peperiksaa­n peringkat sekolah.

Dalam majlis itu, seramai 177 orang murid dan pelajar telah menerima anugerah itu yang melibatkan sebanyak 72 buah sekolah di bawah naungan KKCCCI.

Daripada 177 orang penerima, seramai 105 adalah anak-anak kepada ahli KKCCCI. Kesemua anugerah pendidikan itu berjumlah RM20,310.

 ??  ??
 ??  ?? MICHAEL (duduk, lima kanan) bersama ahli jawatankua­sa KKCCCI yang lain merakamkan gambar kenangan bersama penerima anugerah pendidikan.
MICHAEL (duduk, lima kanan) bersama ahli jawatankua­sa KKCCCI yang lain merakamkan gambar kenangan bersama penerima anugerah pendidikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia