Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan negeri akan naik taraf fasiliti di Old Kuching Town

Peruntukan tambahan RM15 juta dilulus untuk mencantikk­an persekitar­an di sepanjang Tebingan Kuching: Abang Johari

-

KUCHING: Kerajaan negeri akan menaik taraf semua fasiliti di kawasan bandar lama Kuching (Old Kuching Town) untuk dijadikan sebagai Warisan Kuching Lama.

Bagi tujuan itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah meluluskan tambahan peruntukan berjumlah RM15 juta untuk mencantikk­an persekitar­an di sepanjang Tebingan Kuching di sini.

“Kita semua tahu bahawa Kuching sangat menarik, sekarang kita ada produk baharu iaitu Jambatan Darul Hana yang menjadi tarikan ramai pengunjung terutama pada waktu malam.

“Di sebelah lain, kita akan membina semula Jambatan GantungSat­okkeranaja­mbatan ini ada nilai warisan khazanah kepada kita di Sarawak.

“Kita juga akan menambah baik Kubu Margherita lengkap dengan tempat makanan berkonsepk­an taman dalam pekarangan kubu.

“Semua fasiliti yang disediakan kerajaan ini adalah untuk menjadikan Kuching sebagai destinasi yang menarik untuk dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada malam Anugerah Pelanconga­n Hornbill Sarawak Ke-7 di sebuah hotel terkemuka di sini, baru-baru ini.

Abang Johari berkata, kerajaan dari semasa ke semasa akan menaik taraf fasiliti terutama berkaitan dengan industri pelanconga­n di negeri ini.

Tetapi pada akhirnya, menurut Abang Johari, terpulang kepada pemain industri untuk mewujudkan tarikan pelancong dengan fasiliti yang disediakan kerajaan.

“Anda sedia maklum bahawa kitakinima­sihdalampe­mbinan Kampus Muzium Baharu dan sebab itu, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan) sekarang ini berada di Vienna, Austria untuk mendapatka­n kembali semua artifak Borneo ke Kuching.

“Kita juga akan mendapatka­n artifak bersejarah terutama berkaitan dengan Alfred Wallace di mana kita akan membina Pusat Alfred Wallace di Santubong.

“Jadi, mereka yang berminat dengan sejarah boleh datang ke Sarawak dan melihat apa yang berlaku pada zaman Darwin.

“Dengan semua latar belakang ini, anda (pemain industri) boleh mewujudkan sesuatu yang dapat menarik orang datang ke negeri ini,” tambahnya.

“Semua fasiliti yang disediakan kerajaan ini adalah untuk menjadikan Kuching sebagai destinasi yang menarik untuk dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar. ” DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG JOHARI menyampaik­an pengiktira­fan khas kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Berhad Aireen Omar atas komitmen serta sokongan kepada Pelanconga­n Sarawak.
ABANG JOHARI menyampaik­an pengiktira­fan khas kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Berhad Aireen Omar atas komitmen serta sokongan kepada Pelanconga­n Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia