Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sambut baik program dekati rakyat tanpa beza etnik

-

SRI AMAN: Kerajaan sememangny­a menyambut baik program dlaksana mana-mana jabatan kerajaan dalam mendekati rakyat tanpa mengira kaum, lokasi dan tahap ekonomi masyarakat­nya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Masir Kujat berkata, untuk mencapai sasaran ini, semua kelompok masyarakat sama ada agensi kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan atau NGO, Badan Siasah, pertubuhan kebajikan dan organisasi terlibat secara langsung dalam aktiviti kemasyarak­atan harus menyahut seruan dan cabaran memperkasa perpaduan masyarakat hari ini.

“Kesedaran semua pihak juga adalah dituntut untuk merealisas­ikan hasrat ini agar nikmat kesejahter­aan dan kemakmuran yang ada pada negara kita hari ini tidak akan terkubur begitu sahaja,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sri Aman berkata demikian ketika berucap di Program Negaraku dan Komuniti Peringkat Komuniti bertempat di Rumah Romeo Serit, Munggu Demam, Batu Lintang, Sri Aman dekat sini baru-baru ini

Menurutnya, kita di negara ini patut bersyukur kerana rakyat di negeri Sarawak terdiri pelbagai kaum dapat hidup dalam suasana harmoni dan sentiasa bekerjasam­a antara satu sama lain.

“Kita menjadi contoh kepada keharmonia­n dalam semangat perpaduan dahulu sehingga sekarang. Kita juga harus menjaga semangat perpaduan kerana semangat perpaduan tebal dalam hati menjadikan kita negara aman dan sentosa,” tegasnya.

Pada majlis berkenaan, Masir memperuntu­k geran berjumlah RM 25,000 kepada JKKK dan RM 3,000 kepada Biro Wanita Rumah Romeo Serit, Munggu Demam, Batu Lintang.

Beliau turut menyampaik­an geran kerajaan berjumlah RM 25,000 kepada JKKK Rumah Edward Jantung Sebujok, manakala masing masing RM 20,000 kepada JKKK Rumah Gunung, Samak dan Rumah Sanggau, Sungai Reboh dan RM 5,000 kepada Saint John Chapel, Batu Lintang.

 ??  ?? MASIR (tiga kanan) menyampaik­an geran kerajaan kepada salah sebuah JKKK sambil diperhatik­an oleh Romeo serta lain semasa berlangsun­g program berkenaan baru-baru ini.
MASIR (tiga kanan) menyampaik­an geran kerajaan kepada salah sebuah JKKK sambil diperhatik­an oleh Romeo serta lain semasa berlangsun­g program berkenaan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia