Utusan Borneo (Sabah)

JKNS lapor penurunan kes denggi di Sarawak

-

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) pada Jumaat melapor penurunan kes denggi pada 1 Januari sehingga 18 November lalu sebanyak 895 berbanding 2,506 kes dalam tempoh sama pada 2016.

Dalam kenyataan akhbar, JKNS mendedahka­n terdapat indikasi baik dengan penurunan kes sebanyak 64.3 peratus (1,611 kes) dalam tempoh sama pada 2016.

Sementara itu, bagi kes mingguan ke-46 (21 sehingga 27 Mei), kes demam denggi dilapor seluruh negeri hanya 21 kes berbanding 17 kes minggu sebelumnya menunjukka­n peningkata­n empat kes (23.5 peratus).

Terdapat 10 daerah menunjukka­n lebih daripada lima kes denggi bermula 1 Januari sehingga 18 November lepas berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya iaitu Betong (24 kes), Bau (20 kes), Serian (18 kes) (14 kes), Lawas (12 kes), Sarikei (10 kes), Pakan (sembilan kes), Tatau (sembilan kes), Lundu (lapan kes) dan Selangau (enam kes).

Kes kumulatif kematian denggi bermula 1 Januari sehingga 18 November, adalah empat kematian berbanding 7 kematian dalam tempoh yang sama pada 2016.

Orang ramai dinasihati sentiasa berwaspada dan menjaga kebersihan diri dan halaman tempat tinggal bagi mengelakka­n berlakunya epidemik denggi.

Bagi mengesan kes denggi pada peringkat awal, bagi sesiapa mempunyai simptom seperti demam, sakit badan, sakit sendi, muntah dan sakit kepala dinasihatk­an untuk terus mendapatka­n rawatan ke klinik dan hospital berhampira­n.

Pengesanan awal dan rawatan boleh menyelamat­kan nyawadanda­ripadakomp­likasi demam denggi berlaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia