Utusan Borneo (Sabah)

31 penerima DUN Senadin terima MRP RM221,000

-

MIRI: Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim menyampaik­an geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM221,000 kepada 31 penerima di sini, pada Sabtu.

Penerima berkenaan masing-masing daripada pelbagai organisasi, persatuan dan kelab.

Mereka ialah Persekutua­n Persatuan Masyarakat GuangDong Sarawak, PIBG SMK Riam, PIBG SMK Baru Miri, Jawatankua­sa Kebajikan Sekolah Agama Rakyat Miri, Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam Miri, PIBG SMK Pujut, KRT Kampung Masjid Kuala Baram, JKKK Piasau Jaya, Kelas PKK Kemas Kampung Tudan Fasa 5, Persatuan Kebajikan dan Sosial Kampung Tudan, Ahli Jawatankua­sa dan Kebajikan Kawasan Tudan Fasa 4.

Turut menerima ialah PIBG SK Lutong, PIBG SK Senadin, Badan Kebajikan Islam Miri, SMK Merbau Miri, Masjid Darul Ehsan, Piasau Seacout, JKKK Pujut Tanjung Batu, Kelab Pencinta Burung Kicau Miri, KESKEB IKBN Miri, Palliative Care Associatio­n of Miri, Pasukan Perlindung­an Kanak-kanak, PIBG SK Merbau Miri, PIBG SK Pujut Corner Miri, Tadika Krokop, Tadika Cahaya Bintang Utara, Kaying Community Associatio­n, The Society for Miri Urban Poor, Pertubuhan Belia Dayak Sarawak, PIBG SK St Joseph dan Diocese of Miri.

Majlis penyerahan MRP diadakan di dewan serba guna pejabat SUPP Senadin dan dihadiri oleh Pembantu Khas Lee merangkap Ketua Publisiti SUPP Senadin, Erick Chin.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senadin berharap semua penerima menggunaka­n peruntukan sebaiknya bagi melaksanak­an pelbagai aktiviti bermanfaat untuk masyarakat setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia