Utusan Borneo (Sabah)

Ikuti prosedur untuk pastikan berkhatan sempurna, selamat

-

LIMBANG:Prosedurbe­rkhatandij­alansecara sistematik dan tersusun bagi memastikan ia dilakukan dengan sempurna dan selamat, kata Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail.

Jelasnya, lebih 10 penolong perubatan Hospital Limbang terlibat dalam proses berkhatan selain dibantu kakitangan hospital lain.

Jelasnya pihak Hospital Limbang sentiasa berusaha menyediaka­n kemudahan perubatan bagi memastikan proses berkhatan berjalan lancar.

“Pada program ini lebih 10 kakitangan hospital Limbang termasuk penolong pegawai perubatan, jururawat dan kakitangan perubatan membantu memastikan proses berkhatan berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Berkhatan Perdana Peringkat Bahagian Limbang di Jabatan Pesakit Luar Hospital Limbang, pada Sabtu.

Turut sama ialah Pengerusi Persatuan Kebajikan Islam Perubatan (PERKIP) Cawangan Limbang Bendahari LAKIL Limbang Mahmud Abdul Hamid, Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Masjid Limbang Penghulu Jamil Bakar dan jawatankua­sa LAKIL Limbang.

Program anjuran bersama PERKIP, Hospital Limbang dan LAKIL Limbang itu disertai lebih 100 kanak-kanak.

Program Berkhatan Perdana sempena cuti sekolah merupakan program tahunan diadakan pihak hospital melalui kerjasama dengan pihak LAKIL.

Jelasnya ia memberi peluang kepada kanakkanak untuk menjalani proses berkhatan secara beramai-ramai mengikut prosedur yang ditetapkan.

 ??  ?? DR ABDUL Rahman bersama tetamu lain bergambar dengan kanak-kanak yang menyertai Program Berkhatan Perdana di Limbang.
DR ABDUL Rahman bersama tetamu lain bergambar dengan kanak-kanak yang menyertai Program Berkhatan Perdana di Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia