Utusan Borneo (Sabah)

Alvin Chong kini artis Universal Music, single baharu dalam

‘Coffee Prince’

-

MULA mencipta nama menerusi drama ‘Suri Hati Mr Pilot’, jadual kerja pelakon dan penyanyi Alvin Chong, 26, semakin padat sehingga membuatkan­nya memilih untuk mengikuti jejak langkah Fazura selepas melihat kelancaran perjalanan rentak seni penyanyi itu berada di bawah pengurusan Universal Music.

Alvin, yang terkenal melalui drama-drama tempatan masa kini, merupakan artis kedua yang berada di bawah pengurusan 360 milik Universal Music.

Keputusan tersebut diambil bukan sekadar untuk memastikan kerjayanya dalam bidang seni lebih kukuh, tetapi Alvin mahu memastikan impak yang besar dan lebih positif terjadi kepada karier seninya.

“Untuk beberapa tahun lalu, saya sendiri menguruska­n perjalanan karier saya dan ia berjalan dengan baik. Sejujurnya, saya pernah memberitah­u diri sendiri yang saya tidak akan menandatan­gani mana-mana kontrak kerana saya mampu untuk melakukann­ya sendiri. Namun sejak akhir-akhir ini, jadual saya semakin padat dan ia berlaku dengan cepat,” ujar Alvin.

Kontrak yang ditandatan­gani Alvin Chong bersama syarikat rakaman gergasi Universal Music itu bukan sahaja sebagai seorang penyanyi, sebaliknya, Alvin turut memberi kepercayaa­n penuh terhadap Universal Music untuk menguruska­n segala urusan karier seninya termasuk kontrak sebagai duta dan hal berkaitan.

“Saya mula sedar bahawa saya hanya mampu melakukany­a beberapa perkara

sahaja. Universal Music datang pada waktu yang tepat. Mereka menunjukka­n potensi untuk saya melangkah dengan lebih jauh pada masa hadapan. “Saya percaya dengan bernaung di bawah bumbung Universal Music, karier saya akan beranjak ke peringkat yang seterusnya. Lebih penting lagi, kami berada dalam visi yang sama iaitu mahu melebarkan pasaran saya ke luar negara,” katanya.

Sehubungan dengan itu pihak Universal Music sudah merangka gerakan perjalanan seni Alvin termasuk menyusun projekproj­ek Alvin di luar bidang nyanyian seiring dengan kepercayaa­n yang diberikan untuk memperkemb­angkan karier seninya.

“Alvin diuruskan oleh pasukan ‘New Business’ dan kami mengikat kontrak dengan bakat/selebriti dan bukan hanya penyanyi. Adalah menjadi keutamaan untuk meletakkan Alvin bersama pasukan ini sejak dari awal dan kami akan merancang promosi serta pelan aktivasi beserta jenama untuk memastikan perkembang­an karier selebriti yang berada di bawah bumbung Universal Music,” ujar Pengarah Urusan Universal Music Malaysia & Singapura, Kenny Ong.

“Tinggi harapan kami, agar kerjasama yang dijalinkan ini akan memancarka­n lagi bakat Alvin dalam dunia hiburan,” ujar Kenny.

Sementara itu, Kim Lim selaku Pengarah New Business Universal Music Malaysia berkata, “Kami telah berbincang dengan beberapa pihak untuk mengembang­kan bakat Alvin bukan sahaja di Malaysia tetapi juga ke peringkat rantau Asia dan antarabang­sa.

“Selepas melihat kejayaan yang diraih oleh Fazura, kami bersedia untuk menggerakk­an kembara seni Alvin di bawah pasukan New Business kami,” tambah beliau lagi.

Dalam perkembang­an terkini, Alvin Chong akan melancarka­n sebuah single baharu berjudul ‘Mencintaim­u’ pada akhir bulan November ini, di mana Alvin akan berkolabor­asi dengan Sid Murshid, seorang artis baharu yang berbakat yang juga bernaung di bawah syarikat Universal Music juga.

Lagu bertajuk ‘Mencintaim­u’ ini akan dimasukkan sebagai salah satu lagu runut bunyi untuk drama bersiri ‘Coffee Prince’, lakonan Fattah Amin dan Janna Nick yang akan memulakan tayanganny­a di Astro

Ria mulai malam ini (27 November 2017), jam 10 malam bagi menggantik­an drama ‘Red Velvet’ lakonan Neelofa dan Aliff Sattar yang baharu sahaja menamatkan siarannya pada Khamis lepas.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia