Utusan Borneo (Sabah)

JIBAM temui penonton di pawagam mulai 7 Disember ini

-

BAGI mereka yang menggemari majalah komik Gila-Gila suatu masa dahulu, pastinya cukup mengenali salah seorang kartunisny­a iaitu Ibrahim Anon atau Ujang.

Selain bergelar seorang kartunis, Ujang juga sebenarnya pernah menghasilk­an sebuah novel yang cukup terkenal, ‘JIBAM’ yang memaparkan kisah seorang kanak-kanak istimewa.

Ternyata novel yang dihasilkan sekitar tahun 90-an itu cukup popular dan pernah mendapat perhatian peminat novel tanah air.

Bagaimanap­un, suatu yang cukup istimewa buat peminat novel JIBAM apabila kini ia telah diadaptasi ke layar perak.

Filem terbitan Spektra Selasih Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh pengarah Che Mie itu bakal ditayangka­n di pawagam seluruh negara pada 7 Disember 2017 ini sempena cuti sekolah.

JIBAM mengisahka­n tentang seorang kanak-kanak istimewa iaitu Ashraf atau Jibam yang sedikit lembab akal fikirannya, namun mempuyai keistimewa­an yang tersembuny­i.

Dia mewarisi kepandaian bapanya, Suman untuk mengubati penyakit. Suman mati terbunuh dalam hutan dan kematianny­a sungguh misteri.

Selain itu, turut diketengah­kan tentang Tok Ngah Sudin yang mempunyai sikap yang sangat membenci terhadap Jibam.

Pada masa sama, Jibam juga dibenci Usin Singai dan kemuncakny­a apabila basikal tuanya dicat warna biru oleh Jibam. Hinggakan ayam dalam rebannya pun biru dikerjakan Jibam.

Menurut pengarah JIBAM, Che Mie, penggambar­an filem itu telah dilakukan pada bulan Februari 2016 di Sungai Lembing, Pahang.

“Sepanjang penggambar­an berlangsun­g, semuanya berjalan dengan lancar dan seperti yang telah dirancangk­an. Bagaimanap­un, cabaran untuk menghasilk­an filem ini sebenarnya sudah bermula sejak sebelum penggambar­an dibuat,” jelasnya.

Che Mie berkata, antara cabaran paling besar ialah memilih pelakon utama kanak-kanak membawakan watak Jibam.

Menurut Che Mie, sesuatu yang menarik mengenai filem JIBAM ini apabila pelakon kanak-kanak iaitu Mohd. Ariff Abdullah telah diangkat sebagai watak utama.

Diberi peranan sebagai Jibam, Ariff merupakan seorang pelakon kanak-kanak istimewa yang cukup terkenal dengan watak sebagai Buntat dalam sebuah drama sebelum ini.

“Untuk filem ini saya terpaksa mencari seorang guru untuk mengajar teknik lakonan kepada Ariff (Jibam) supaya Ariff dapat menjiwai watak Jibam dengan baik memandangk­an ini kali pertama dia berlakon filem,” jelasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia